HEADLINES

‘Superstar’ Rajinikanth bertemu ribuan peminat di luar rumah sempena Diwali

Rajinikanth bertemu mereka selepas teaser filem baharu lakonannya, Lal Salaam dilancarkan kira-kira jam 10.45 pagi, semalam

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sudah menjadi amalan bagi bintang legenda Kollywood, Rajinikanth untuk bertemu ribuan peminat di depan rumahnya setiap kali musim perayaan Pongal, Diwali dan pada hari lahirnya.

Sempena sambutan Diwali tahun ini, Rajinikanth yang mengenakan dhoti putih bersama baju kemeja mengambil kesempatan untuk bertemu ribuan peminat yang setia menunggu di luar rumahnya di Chennai.

Rajinikanth bertemu mereka selepas teaser filem baharu lakonannya, Lal Salaam dilancarkan kira-kira jam 10.45 pagi, semalam. 

Video Rajinikanth bertemu peminatnya yang bersorak-sorak kegembiraan itu, kini tular di media sosial.

Dia menghabiskan masa selama sejam melayan mereka dan turut memberi ucapan.

Dalam pada itu, teaser filem Lal Salaam ternyata mendapat respons yang cukup baik daripada peminat.

Filem arahan anak perempuannya, Aishwaryaa itu adalah filem aksi sukan drama yang dibintangi Vishnu Vishal dan Vikranth sebagai teraju utama manakala Rajnikanth hanya muncul sebagai cameo.

Lal Salaam yang diarahkan oleh anak perempuan Rajinikanth, Aishwarya, adalah filem aksi sukan drama dibintangi Vishnu Vishal dan Vikranth sebagai teraju utama manakala Rajnikanth hanya muncul sebagai cameo – Gambar Instagram Aishwarya Rajinikanth, 13 November, 2023

Sungguhpun begitu, watak cameo yang dibawanya itu sangat penting iaitu sebagai seorang lelaki Islam bernama, Moideen Bhai.

Lal Salaam bakal dilancarkan di pawagam pada 2024 sempena sambutan perayaan Pongal dan muziknya digubah komposer hebat, A.R. Rahman.

Mengenai Rajinikanth pula, pelakon itu sedang menjayakan penggambaran filem terbaharunya ke-170 berjudul Thalaivar 170 bersama pengarah TJ Gnanavel. Sebaik tamat, dia bakal menyambung projek Thalaivar 171 yang akan diarahkan Lokesh Kanagaraj.

Filem Thalaivar 170 bakal mencetuskan sejarah kerana ia turut menyaksikan gandingan Rajnikath bersama superstar Bollywood, Amitabh Bachchan. – 13 November, 2023

Topics

 

Popular

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related