HEADLINES

Air mata Siti Nurhaliza gugur lihat anak-anak Gaza sambut Maulidur Rasul di Sekolah Afwa Al-Afiyah

Penyanyi itu menubuhkan sekolah tersebut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2021 menerusi Yayasan Nurjiwa

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak melihat pelajar di Sekolah Afwa & Aafiyah di Gaza, Palestin menyambut Maulidur Rasul. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti memuat naik video pelajar berkenaan yang sedang meraikan sambutan itu.

“Alhamdulillah. Menitis air mata saya kerana tersentuh dan gembira dengan perkembangan anak-anak di Sekolah Afwa & Aafiyah di Gaza.

“Mereka meraikan sambutan kelahiran Rasulullah SAW. Berselawat dan doa selamat turut dibacakan juga. 

“Terima kasih kepada sahabat baik dan juga pengetua, Dr Mohanad. Doa saya semoga Allah SWT sentiasa memelihara Sekolah Afwa & Aafiyah ini dari sebarang perkara tidak diingini serta dapat melahirkan anak-anak yang soleh, soleha serta berjaya di dunia dan akhirat,” tulisnya. 

Sekolah Afwa Al-Afiyah ditubuhkan oleh Siti menerusi Yayasan Nurjiwa dan mula beroperasi sejak Oktober 2021. – 28 September 2023

Topics

 

Popular

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines cancels more Shanghai flights as Typhoon Bavi intensifies

National carrier suspends Kuala Lumpur-Shanghai services on July 11 and 12, following earlier Taipei flight cancellations due to worsening weather conditions

Related