HEADLINES

Jehan Miskin ‘ride’ di lebuh raya Karakoram yang cukup merbahaya, sempat lawat kubu Altit Fort Hunza di Pakistan yang berusia 1,100 tahun

Jehan memang aktif menunggang motorsikal berkuasa tinggi dan sentiasa melakukan aktiviti ini bersama beberapa rakan-rakan rider yang rapat dengannya.  

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Anda ingat lagi tak filem Qaisy & Laila terbitan Serangkai Holdings Sdn Bhd, milik produser filem dan penulis lirik, Habsah Hassan yang dibintangi aktor Jehan Miskin dan aktres Fazura yang ditayangkan di pawagam pada 2005?  

Filem arahan Allahyarham Raja Ahmad Alauddin itu telah menjalani penggambaran di Quetta, Pakistan dan melibatkan puluhan pelakon warga tempatan termasuk pelarian Afghanistan.

Apa yang menariknya, pemilihan Jehan untuk menerajui filem pertama lakonannya itu adalah disebabkan namanya yang sedang meningkat ketika itu dan dia juga mempunyai darah Pakistan di sebelah bapanya.

Bercakap tentang Jehan, aktor yang kini telah bertukar profesion sebagai pengarah iklan komersial telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram miliknya tentang aktivitinya menunggang motorsikal di Lebuh Raya Karakoram yang terletak di Pakistan.

Jehan memang aktif menunggang motorsikal berkuasa tinggi dan sentiasa melakukan aktiviti ini bersama beberapa rakan-rakan rider yang rapat dengannya.  

“Kali terakhir saya berasa di Pakistan adalah pada 2004 sewaktu menjalani penggambaran filem Qaisy dan Laila.

“Kini, saya kembali semula ke tanah kelahiran nenek saya untuk menunggang di Lebuh Raya Karakoram yang terkenal sangat merbahaya. Doakan perjalanan kami dipermudahkan,” katanya.

Karakoram adalah lebuh raya nasional sepanjang 1,300 kilometer yang merentasi Hasan Abdal di wilayah Punjab di Pakistan sehingga melewati sempadan melalui wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Gilgit-Baltistan.

Selepas sempadan itu, ia akan melewati pula wilayah Xinjiang yang terletak di China.

Dari sudut sejarah, ia adalah denai caravan iaitu salah satu cabang jalan purba, Silk Road dan selepas kerajaan China dan Pakistan membina lebuh raya pada 1959-1979, ia menjadi lintasan sempadan tertinggi dunia, pada ketinggian lebih 4,800 meter (kira-kira 16,000 kaki) di Khunjerab Pass di sempadan.

Walaupun tidak menyertakan gambarnya sedang menunggang motorsikal di lebuh raya tersebut, namun Jehan sempat berkongsi beberapa gambar di kawasan Altit Fort Hunza dan pemandangan Lembah Hunza yang cukup menakjubkan, yang terletak di Gilgit, Baltistan.

Altit Fort Hunza adalah sebuah kubu lama yang terletak di sebuah kampung bernama Altit di Lembah Hunza.

Kubu yang sudah berusia 1,100 tahun itu telah menerima Anugerah Warisan Asia Pasifik Unesco untuk Pemuliharaan Warisan Budaya pada 2011. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related