HEADLINES

‘Tarik diri daripada mengacara GV10 bukan sebab hamil atau gimik’: Elly Mazlein

Dia menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia menarik diri sebagai hos rancangan itu kerana sedang berbadan dua

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengacara All Star Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein menafikan dakwaan bahawa dia menarik diri daripada menjadi hos rancangan itu kerana sedang berbadan dua atau sengaja mencetuskan gimik.

Menerusi kenyataan dimuatnaik di Insta Story, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, memberitahu, pengundurannya dari GV10 adalah keputusannya sendiri dan tiada kena mengena dengan Astro.

“Ini semua bukan salah Astro. Bukan juga gimik seperti Nabil Ahmad cakap. Inilah kenyataan di mana saya sudah pun tinggalkan GV10 buat selamanya. Ya, tiada lagi. Cukup. Ini semua keputusan saya sendiri. 

“Saya tak mengandung. Saya, suami dan anak-anak baik-baik sahaja. 

“Terima kasih di atas kata-kata semangat dan kasih sayang. Insya-Allah kita jumpa di lain rancangan di Astro nanti,” tulisnya.

Pengacara GV10, Elly Mazlein menafikan dakwaan dia menarik diri daripada menjadi hos rancangan itu kerana sedang berbadan dua atau sengaja mencetuskan gimik. – Gambar instagram story Elly Mazlein, 12 Oktober, 2023

Pelantun lagu Janji Kekasih itu juga mengucapkan terima kasih kepada bos di Astro kerana menghormati keputusannya untuk mengundurkan diri dari GV10.

“Terima kasih kerana menghormati keputusan saya. Insya-Allah kita usahakan di program Astro yang lain. Ada bos yang baik juga rezeki,” tulisnya.

Semalam, Astro mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Elly Mazlein tidak akan meneruskan tugasnya sebagai hos GV10 atas sebab peribadi.

Rancangan itu akan terus dikendalikan dua lagi pengacaranya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related