HEADLINES

Sabri Yunus nikahi Angeline Tan, ini bukan babak lakonan Wan Ismail Golok dan Lucy dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

Sabri dan Angeline atau nama Islamnya, Ardini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Profesor Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr Maza

1:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah, pelakon dan aktivis teater, Sabri Yunus, 62, mencetuskan kejutan apabila mengahwini selebriti yang juga rakannya, Angeline Tan, 56, dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di Perlis, pagi tadi.

Sabri dan Angeline yang pernah sama-sama menjayakan sitcom Pi Mai Mai Tang Tu arahan Othman Hafsham pada awal 90-an sehingga 2000, dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr Maza.

Hanya dengan sekali lafaz, Sabri sah memperisterikan Angeline yang kini dikenali sebagai Ardini, selepas wanita itu memeluk Islam di Musolla Teduhan Doa yang juga kediaman Dr Maza.

Majlis pernikahan tersebut turut dikongsikan menerusi sesi siaran langsung di akaun Facebook Dr Maza, manakala penyampai radio Issey Titan pula menerusi media sosialnya, berkongsi gambar pernikahan Sabri dan Angeline.

Berita perkahwinan Sabru Yunus dan Angeline Tan turut dikongsikan selebriti, Issey Titan (berdiri), – Gambar Facebook Issey Titan, 14 Oktober, 2023

Namun, masih ada netizen seolah-olah tidak mempercayai kesahihan pernikahan Sabri dan Angeline itu serta menganggap ia sebahagaian daripada babak drama.

Pendakwah terkenal, Rozaimi Ramle dalam perkongsian di Facebook, memberitahu bahawa Sabri pernah menyatakan hasratnya untuk bernikah dengan Angeline di Perlis.

“Dia minta saya rahsiakan perkara ini. Alhamdulillah, hari ini selesai sudah pernikahan mereka berdua.

“Istimewanya adalah mereka dinikahkan sendiri Mufti Perlis di Musolla Teduhan Doa yang merupakan kediaman beliau,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia, Sabri memberitahu, dia sudah lama merancang mengahwini Angeline tetapi menunggu wanita itu memeluk Islam terlebih dahulu. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related