◉ HEADLINES

Tentang gosip dengan Irene Deanna yang dikatakan intim, pengurus kata Syamsul Yusof tiada sebarang komen

Namun, meninjau akaun Instagram milik Syamsul, pengarah filem ini memang mempunyai hubungan yang baik dengan bapa Irene iaitu Datuk Marof Khan Mohamed Idris

8:48 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Pengarah filem tersohor, Syamsul Yusof masih lagi mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung gosipnya dengan seorang wanita jelita berambut kerinting, Irene Deanna.

Scoop cuba menghubungi Syamsul melalui pengurusnya, Ashley untuk mendapatkan maklum balasnya berhubung isu ini.

“Maaf, tiada sebarang kenyataan. Nama pun gosip. Jika ada sebarang kenyataan, Syamsul akan menjelaskannya sendiri,” katanya dengan tegas.

Sejak semalam, gosipnya dengan anak pemilik syarikat Utama Motor iaitu syarikat penjualan kereta import terpakai itu meraih perhatian netizen sehingga menjadi viral di pelbagai platform media sosial apabila tersebarnya beberapa gambar yang memaparkan keintiman mereka.

Gambar-gambar tersebut telah dikongsi Irene Deanna menerusi akaun TikTok miliknya semalam dan ia meraih 773,600 tontonan serta komen yang cukup banyak daripada netizen.

Rata-rata netizen turut merestui hubungan Syamsul dengan Irene dan menyifatkan mereka benar-benar sepadan dari sudut status latar belakang keluarga serta kerjaya.

Bahkan, ada yang mengharapkan agar hubungan mereka itu berakhir ke jinjang perkahwinan dan Ira Kazar akan dapat merasai apa yang dirasai Puteri Sarah Liyana sebelum ini apabila Ira dilabel sebagai penyondol dalam rumah tangganya dengan Syamsul sehingga mencetuskan perceraian.

Namun, meninjau akaun Instagram milik Syamsul, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan bapa Irene iaitu Datuk Marof Khan Mohamed Idris yang juga Pengarah Urusan Utama Motors merangkap Penaung Kelab U-Supercars.

Syamsul sendiri pernah hadir memeriahkan acara Adrenaline Rush Track Day 2023 – Largest Supercars & Sportcars Parade yang diadakan di Sirkut Antarabangsa Sepang pada 15 Julai lalu. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related