‘Pakai tudung sebelum Ramadan, selepas Raya hati mula berbolak-balik’, Julia Farhana akui sukar untuk istiqamah

Kata Julia dia bernasib baik kerana suaminya sering memberinya semangat agar terus kuat

8:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon jelita, Julia Farhana mengakui hatinya pernah berbolak-balik tentang keputusannya memakai hijab sejak beberapa bulan lalu.

Namun, Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin, 28, berkata, suaminya, Dr Che Hafiz banyak memberi nasihat agar dia terus kekal istiqamah.

“Sejujurnya perjalanan saya sejak memakai tudung sangat mencabar. Kalau tak ada suami saya, tak tahu apa yang jadi pada saya. Dia adalah penyokong saya yang paling kuat. Dia selalu ingatkan saya tentang hikmah di sebalik sabar.

“Untuk istiqamah sangat susah. Saya pakai tudung seminggu sebelum Ramadan. Ketika itu masih dalam fasa iman masih kuat.

Julia Farhana berkata suaminya adalah penyokongnya yang paling kuat – Helmi Anuar/Scoop, 20 Oktober, 2023

“Tetapi bila dah habis Ramadan, dah habis raya tiba-tiba terasa kenapa perkara (hijrah) ini menjadi makin susah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Mayang di mana Julia adalah wajah kempen jenama berkenaan.

Tambah Julia lagi, cabaran bagi mereka yang baru memakai tudung bukan hanya sekadar bertudung sebaliknya perlu menjaga diri dalam setiap aspek.

“Bila tertudung ia bukan sahaja melibatkan aurat dan fesyen. Tetapi solat kena jaga, pergaulan, perwatakan. Semuanya harus dijaga. Ia adalah satu tekanan yang ekstrem. Bayangkan gaya hidup saya yang sebelum ini tiba-tiba bertukar 360 darjah,” ujarnya.

Ditanya adakah dia risau melihat rakan-rakan selebriti yang sudah mula membuka hijab sejak kebelakangan ini, kata Julia perjalanan setiap orang adalah berbeza.

Julia Farhana juga berkata, sejak bertudung, gaya hidupnya berubah secara ekstrem. Bukan hanya aurat dan fesyen yang harus dijaga – Helmi Anuar/Scoop, 20 Oktober, 2023

“Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Kalau mereka yang dah lama pakai tudung pun boleh lalui perkara seperti itu, apatah lagi saya yang masih baru ini.

“Yang penting janganlah kita menghakimi mereka. Jangan disebabkan mereka selebriti, kita sesuka hati nak cakap macam-macam pada mereka,” jelasnya.

Kongsi Julia lagi, dia kini lebih selektif dalam memilih watak yang sesuai dengan penampilannya.

“Baru-baru ini saya ada dapat tawaran daripada produksi luar negara. Tetapi bila saya baca skrip, saya rasa seperti kurang sesuai,” katanya. – 20 Oktober, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related