◉ HEADLINES

Kalau betul berprinsip, tak perlu nak ada perang baru boikot: Michael Ang

Sindiran itu bukan disebabkannya menyokong rejim Zionis tetapi berpendapat isu boikot tersebut tidak masuk akal

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon, Michael Ang menyindir sikap segelintir rakyat Malaysia yang kononnya mahu memboikot sebuah restoran makanan segera susulan konflik Israel-Palestin tanpa memikirkan kesannya.

Malah, beliau turut mengkritik pendirian segelintir pihak yang nyata tidak berprinsip kerana hanya ingin memboikot restoran tersebut secara bermusim sahaja.

“Agak lawak eh sampai M******** kena keluar kenyataan untuk mempertahankan diri mereka tentang boikot. Kalau aku M********, aku buat bodoh je.

“Rakyat Malaysia ni, boikot hangat-hangat tahi ayam je. Kalau orang Malaysia ni betul-betul berprinsip sangat, tak perlu nak ada perang baru nak boikot ya.

“Kalau ada prinsip, perang ni dah berpuluh-puluh tahun, lagi tua usia dari M******** tu. Jadi, sepatutnya, M******** tak wujud kat sini,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, hari ini.

Pada masa sama, Michael juga menegaskan sindiran itu bukan disebabkan dia menyokong rejim  Zionis, tetapi berpendapat isu boikot itu tidak masuk akal.

“Pemilik orang kita. Pekerja di sini orang kita. Takkan nak korban mereka disebabkan perkara ini. Banyak lagi cara lain untuk kita sokong saudara kita,” katanya.

Sementara itu, Michale juga berkata, dia bersedia untuk dikecam susulan kenyataannya itu.

“Kau orang nak hentam aku, hentamlah ya. Tapi hentam aku saja ya! Jangan heret anak dan famili aku ya. Sayang semua,” katanya. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related