HEADLINES

Impian peminat tercapai, Ernie bakal sertai Konsert Patah Hati 2.0, persembahannya akan ditemani…

Mengetengahkan ramai artis popular, konsert itu menonjolkan tema Neon sebagai menggambarkan cahaya indah, kepelbagaian rona serta keunikan genre muzik dibawakan

1:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Atas permintaan ramai, penyanyi, Ernie Zakri akan membuat kemunculan semula dalam Konsert Patah Hati 2.0 yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 23 November ini.

Lebih menarik, persembahannya akan ditemani pasangan duet ideal Ernie yang juga suaminya, Syamel.

Perkara berkenaan disahkan penganjur, ANS Diversified Sdn Bhd selepas Ernie dan Syamel bersetuju menandatangani kontrak dua hari lalu.

“Ernie dan Syamel akhirnya bersetuju menyertai Konsert Patah Hati 2.0 kerana Ernie baru saja selesai menjalani rakaman album penuhnya, Aura.

“Sebelum ini, Ernie tidak dapat memberikan kepastian kerana jadualnya terlalu padat. Namun, setelah selesai rakaman album penuhnya, dapatlah dia muncul kembali dengan Konsert Patah Hati 2.0 ini.

“Memang ramai minta Ernie kembali semula susulan daripada Konsert Patah Hati pertama dulu. Akhirnya, permintaan peminat ini dapat kami tunaikan,” kata Pengarah Konsert, Ahmad Faizal Zulkifli.

Persembahan Ernie Zakri pada konsert itu akan ditemani suami yang juga penyanyi dan rakan duet idealnya. – Gambar ANS Diversified Sdn Bhd, 26 Oktober, 2023

Di sebalik berita gembira penambahan artis yang bakal beraksi pada 23 November ini, Faizal berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kumpulan Bunkface, terpaksa mengundurkan diri daripada konsert itu atas sebab tidak dapat dielakkan.

“Pihak kami memohon jutaan maaf kepada semua peminat di atas apa yang berlaku kerana ia sangat di luar jangkaan,” katanya.

Faizal berkata, Konsert Patah Hati 2.0 tetap diteruskan dengan menampilkan artis lain yang sudah bersutuju, iaitu Naim Daniel, Aisha Retno, Nadeera, Neeta, Ismail Izzani serta Ernie Zakri dan Syamel.

Konsert sekuel Patah Hati 2.0 itu mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui MyCreative Ventures.

Ia bakal menonjolkan tema Neon sebagai menggambarkan cahaya indah, kepelbagaian rona serta keunikan genre muzik dibawakan artis terbabit.

Tiket Konsert Patah Hati 2.0 yang kini masih dibuka dengan tawaran istimewa 50 peratus, boleh didapati di laman sesawang: www.ticket2u.com.my. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Budget 2026: RM2 billion cash aid for Deepavali

Prime minister says nearly nine million Malaysians will benefit from increased STR and SARA assistance, with allocations rising to RM15 billion next year

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related