Cassandra Yap tamatkan kemarau 58 tahun, tembus ‘Top 15’ pada pertandingan Miss International 2023 di Tokyo

Jelitawan yang berasal dari Johor ini menjadi wakil ketiga dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri di Top 15 selepas kali terakhir pada 1965

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ratu cantik Malaysia, Cassandra Yap berjaya mengharumkan nama negara pada Miss International 2023 apabila mara ke ‘Top 15’ selepas 58 tahun, dalam pertandingan yang diadakan malam tadi.

Jelitawan berusia 24 tahun yang berasal Johor ini menjadi perhatian ramai sejak menjejakkan kaki di Jepun.

Cassandra tampil menawan ketika menggayakan gaun berwarna hijau rekaan pereka fesyen Jimmy Couture. – Gambar Instagram, 27 Oktober, 2023

Ramai yang terpegun dengan keayuan serta kemesraan yang dipamerkan Cassandra sepanjang berada di negara matahari terbit itu. Malah, dia juga disenangi oleh media di sana.

Pada malam pertandingan itu, Cassandra menggayakan gaun berwarna hijau rekaan pereka fesyen Jimmy Couture.

Menariknya, Cassandra hanya mempunyai masa selama 11 hari untuk mengadakan persiapan ke pertandingan Miss International 2023, selepas ditabalkan sebagai wakil Malaysia pada 1 Oktober yang lalu.

Namun begitu, aura seorang ratu cantik jelas terpancar pada Cassandra sepanjang berada di Tokyo sehingga melayakkan dia menamatkan kemarau 58 tahun untuk Malaysia menembusi kedudukan ‘Top 15’.

Cassandra ditabalkan sebagai Miss International Malaysia 2023 pada 1 Oktober lalu. – Gambar Instagram, 27 Oktober, 2023

Sejak pertandingan Miss International dianjurkan pada 1960, hanya dua wakil Malaysia pernah melangkah ke peringkat Top 15 iaitu Helen Tan Hong Lean pada 1961 dan Linda Lim Hong Eng (1965).

Dalam pertandingan berkenaan, peserta Venezuela, Andrea Rubio berjaya merangkul mahkota Miss International 2023 manakala naib juara milik Colombia dan tempat ketiga Filipina. – 27 Oktober, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related