HEADLINES

Fazley Yaakob nafi rumah tangga adiknya dan Mawar Rashid sedang bergolak kerana isu buka tudung

‘Kita beri ruang dan doakan yang baik-baik kepadanya (Mawar)’, kata Fazley

5:47 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Selebriti dan cef terkenal, Datuk Fazley Yaacob menafikan rumah tangga adiknya, Raf Yaakob dan Mawar Rashid kini sedang bergolak.

Ini kerana kata Fazley, hubungannya dengan Raf sangat rapat dan mereka sering berkongsi segala cerita.

“Raf akan cerita luar dan dalam kepada saya. Jadi saya tahu tiada pergolakan dalam rumah tangga mereka malah saya baru sahaja berjumpa dengan dia. Raf baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah,” katanya ketika ditemui pada majlis santai bersama media di restoran Suka Sucre miliknya.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga adiknya itu hangat diperkatakan selepas Mawar Rashid membuka tudung beberapa minggu lalu.

Ditanya mengenai tindakan Mawar itu (membuka tudung), Fazley berkata dia memberi ruang kepada Mawar untuk melalui fasa bertenang.

Fazley turut menolak dakwaan Mawar mengalami masalah depresi selepas cerita mengenai isu tudung tersebut hangat diperkatakan.

“Sejak isu itu timbul, saya tidak pernah berjumpa Mawar. Tetapi saya ada hubungi dia melalui Whatsapp. Saya cuba beri semangat kepadanya.

“Dia dalam keadaan baik. Raf juga maklumkan perkara sama kepada saya. Kita beri ruang dan doakan baik-baik untuk dia,” ujarnya.

Mengakui dirinya turut terkena tempias dengan kontroversi ini, kata Fazley dia tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dan sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti.

Malah sebagai ketua keluarga, Fazley mengambil tanggungjawab untuk memberikan nasihat.

“Ya, ramai yang tanya saya. Saya sibuk tumbuk sambal pun ada mesej masuk. Saya faham dan tidak pernah rimas. Soalan mereka itu tidak menghina. Mereka hanya prihatin. Sebagai abang long saya ambil tanggungjawab penuh.

“Cuma saya ambil prinsip lebih selesa berdiam dan berdoa dari jauh,” jelasnya.

Pada 10 Oktober lalu Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab dan mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Bagaimanapun baru-baru ini, Mawar telah memadamkan gambar tidak bertudung di laman sosial miliknya. – 30 Oktober 2023

Topics

 

Popular

Early Melaka, Johor polls could redefine BN-PH ties ahead of GE16: analysts

Barisan Nasional’s desire to contest the state elections without Pakatan Harapan would be a litmus test for its true strength, bargaining power, and future alliance strategy

Sarawak to establish own space agency, eyes first nanosatellite by 2030

Premier Tan Sri Abang Johari outlines plans for local aerospace development and phased expansion of AirBorneo to enhance connectivity

Pos Malaysia trials autonomous vehicles to modernise operations: Fahmi

The initiative aims to enhance efficiency, with no job losses expected as part of the modernisation drive

Related