◉ HEADLINES

Cucu Normah Damanhuri, bekas atlet gimrama, pencipta kandungan antara peserta HeroDewi Remaja 2023

Pertandingan tersebut akan dihoskan dan dijurikan pemenang Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahya

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, dua pertandingan iaitu Hero Remaja dan Dewi Remaja digabungkan menjadi HeroDewi Remaja 2023.

Melalui sesi uji bakat yang diadakan di seluruh Malaysia, lapan finalis Hero Remaja dan lapan finalis Dewi Remaja dipilih daripada pelbagai latar belakang termasuk paras rupa, bakat dan latar belakang pendidikan.

Scoop berkesempatan menemu bual empat finalis pertandingan itu iaitu Fitri Farok, Arabella Ellen, Evertts Gomes dan serta Jay Siong pada majlis pelancaran HeroDewi Remaja 2023 yang diadakan baru-baru ini.

Ingin mengikuti jejak langkah neneknya yang juga aktres veteran terkenal, Normah Damanhuri, finalis Hero Remaja 2023, Fitri Farok, 24, memasang impian untuk menjadi pelakon suatu hari nanti.

“Sekarang ini saya seorang model. Tetapi saya tidak mahu hanya dikenali sebagai model. Saya punya minat dan cita-cita untuk bergelar seorang pelakon seperti nenda saya,” katanya.

Fitri Farok, cucu kepada aktres veteran terkenal, Normah Damanhuri, memasang impian untuk menjadi pelakon suatu hari nanti – Gambar Astro, 2 November, 2023

Kata anak saudara kepada Kak KM ini lagi, pertandingan Hero Remaja merupakan platform terbaik buat dirinya menyertai dan mempelajari mengenai dunia lakonan.

“Tetapi nenda saya turut beri tunjuk ajar bagaimana untuk membaca skrip dan berada di depan kamera.

“Dia juga menasihati saya agar menjadi diri sendiri, yakin, jangan takut pada orang dan kamera, selain berusaha untuk mencapai matlamat,” katanya.

Sementara itu, memiliki darah campuran Inggeris dan Melayu membuatkan finalis Dewi Remaja 2023, Arabella Ellen, 18, sering disamakan dengan Anna Jobling yang juga bekas peserta pertandingan itu pada 2019.

Kata bekas atlet gimrama ini, dia enggan dibayangi aktres popular berkenaan kerana percaya dirinya juga punya pontensi sendiri untuk menapak dalam bidang seni.

Bekas atlet gimrama, Arabella Ellen, enggan dibayangi Anna Jobling kerana percaya dirinya juga punya pontensi sendiri untuk menapak dalam bidang seni – Gambar Astro, 2 November, 2023

“Memang ramai yang samakan saya dengan Anna. Tetapi kalau boleh saya tak mahulah orang panggil saya Anna Jobling 2.0.

“Saya mahu dikenali sebagai Arabella. Saya harap perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya yang meminati bidang lakonan dan pengacaraan.

Menjadi satu-satu peserta dari Sabah yang terpilih, finalis Hero Remaja 2023, Evertts Gomes, 25, mengakui menggalas tanggungjawab yang besar sebagai wakil tunggal dari Negeri di Bawah Bayu itu.

Mula mencuri tumpuan sejak video uji bakatnya dimuat naik majalah Remaja, Evertts menjadikan pemenang Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol sebagai pemangkin semangat untuk memburu gelaran juara Hero Remaja.

Evertts Gomes menjadikan pemenang Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol sebagai pemangkin semangat untuk memburu gelaran juara Hero Remaja – Gambar Astro, 2 November, 2023

“Saya rasa sangat beruntung kerana menjadi satu-satunya peserta dari Sabah yang terpilih. Tetapi pada masa sama, saya turut kasihan pada peserta lain yang tidak terpilih.

“Saya menggalas harapan rakyat Sabah di bahu saya. Tidak dinafikan sangat berat. Tetapi apa yang akan meringankan beban saya adalah doa mereka,” katanya yang menjadikan Syamsul Yusof sebagai idola dalam dunia lakonan dan pengarahan.

Jika Evertts menjadi satu-satunya wakil dari Sabah, finalis Hero Remaja 2023, Jay Song pula peserta tunggal berbangsa Cina yang terpilih musim ini.

Memilki wajah putih mulus persis artis Korea, Jay Song, 21, mengakui tidak pernah mengetahui mengenai pertandingan tersebut sebelum ini tetapi ingin mencuba selepas disarankan rakan baiknya.

Jay Song, seorang pencipta kandungan adalah peserta tunggal berbangsa Cina yang terpilih musim ini – Gambar Astro, 2 November, 2023

“Saya seorang pencipta kandungan. Kawan saya berbangsa Melayu yang cadangkan supaya saya sertai Hero Remaja kerana dia kata saya sesuai dengan pertandingan ini. Saya selalu buat lawak dan orang gelak.

“Sudah sembilan tahun saya terlibat dengan mencipta kandungan bermula dengan YouTube. Pertandingan ini sesuatu yang sangat baru untuk saya,” katanya.

Bakal dihoskan dan dijurikan pemenang Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahya, pertandingan itu akan ditayangkan di Astro Ria, setiap Jumaat, bermula 10 November ini. – 2, November 2023

Topics

 

◉ Popular

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

[TONTON] Mahal untuk dikendalikan, namun berbaloi untuk dinaiki: penjelasan mengenai perkhidmatan rel

'Jumlah penumpang yang tinggi, tambang rendah dan rangkaian yang terus berkembang,' demikian pandangan pakar rel mengenai sistem perkhidmatan rel negara

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related