◉ HEADLINES

KPI nyanyian menurun, ‘saya hidap penyakit serius’: Azharina

Menurut Azharina, penyakit itu membuatkannya sering keletihan dan kurang stamina

4:25 PM MYT

 

SHAH ALAM – Perjalanan penyanyi Azharina di pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tidak semudah sewaktu dia menyertai Gegar Vaganza musim ketiga yang menyaksikannya muncul sebagai juara.

Pada konsert minggu ketujuh Ahad lalu, juri tetap, Datuk Ramli MS berpendapat bahawa ‘KPI’ (petunjuk prestasi utama) nyanyian Azharina semakin menurun.

“Nyanyian awak dulu dan sekarang sangat berbeza. Dulu nyanyian awak tak pernah sumbang. Sekarang ada banyak masalah teknikal. Mungkin sebab tekanan,” katanya.

Azharina sewaktu ditemui pada sidang media berkata, dia faham apa dimaksudkan Ramli.

Ditanya lebih lanjut mengenai penyakit dirahsiakannya itu, Azharina berkata, pihak produksi sendiri tidak tahu berhubung masalah kesihatan berkenaan – Gambar Astro, 6 November, 2023

“Sewaktu saya bertanding di GV3 dulu, usia saya 29 tahun. Kini saya hampir memasuki 40-an. Mungkin orang akan kata ini cuma satu alasan.

“Tetapi ada perkara yang kita boleh cakap, ada perkara kita tidak boleh cakap. Saya ada sakit yang mungkin saya tak patut kongsikan buat masa sekarang.

“Seperti saya beritahu minggu lalu, saya ada belajar seni mempertahankan diri seperti Muay Thai untuk meningkatkan kembali stamina saya,” kongsinya.

Ditanya lebih lanjut mengenai penyakit dirahsiakannya itu, Azharina berkata, pihak produksi sendiri tidak tahu berhubung masalah kesihatan berkenaan.

“Saya baru tahu bahawa saya ada penyakit ini tahun lalu. Tetapi, saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa kecuali keluarga.

“Penyakit ini membuatkan saya cepat penat. Mengganggu stamina saya. Ada kalanya rasa macam nak baring sahaja, jadi saya kena paksa diri untuk bersenam. Kadangkala, boleh mendatangkan ‘anxiety’ (gangguan perasaan) juga,” kongsinya.

Namun, kata Azharina, dia sentiasa mendapatkan nasihat doktor dan mengambil ubat seperti ditetapkan.

“Saya harus sentiasa positif dan ceria. Apa saya mohon adalah doa dari kalian semua agar saya diberikan kesembuhan dan kesihatan baik untuk menghiburkan anda.

“Bila tiba masanya nanti saya akan kongsi dengan semua, tetapi buat masa ini, maaf, ada benda yang kita boleh kongsi dan ada benda saya harus simpan,” ujarnya. – 6 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related