HEADLINES

‘Kita wajib boikot produk yang menyumbang kepada Israel’ – Fazura

'Jadi janganlah kecam mereka kerana mereka mencari rezeki untuk keluarga. Mungkin senang untuk bercakap carilah kerja lain. Tetapi tidak semudah itu buat mereka. Jangan sebab terlalu marah, kita hentam orang lain' : Fazura

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Usahawan dan selebriti Nur Fazura menyokong gerakan memboikot jenama atau produk berkaitan Israel namun jangan jadikan orang lain sebagai ‘punching bag’.

Jelasnya, janganlah keterlaluan dalam memboikot sehingga mampu memberi kesan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang mencari rezeki halal. 

“Jadi janganlah kecam mereka kerana mereka mencari rezeki untuk keluarga. Mungkin senang untuk bercakap carilah kerja lain. Tetapi tidak semudah itu buat mereka. Jangan sebab terlalu marah, kita hentam orang lain, kita hina mereka. Itu bukan cara orang Islam.

“Memang kita marah, tetapi jangan jadikan orang lain sebagai ‘punching bag’. Kita kena faham situasi orang tu. Tak semua orang dikurniakan kerja yang mereka suka. Tak semua tempat memberi peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang Upaya (OKU),’’ katanya pada majlis Ngopi Bersama Fazura. 

Beliau mengulas mengenai kempen boikot jenama Israel yang bukan hanya dilaksanakan di negara ini malah juga di luar negara.

Nur Fazura berkata janganlah keterlaluan dalam memboikot sehingga mampu memberi kesan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang mencari rezeki halal. – Helmi Anuar/Scoop, 7 November, 2023

Fazura, 40, bagaimanapun merasakan wajar untuk orang ramai memboikot jenama atau produk yang menyumbang kepada Zionis. 

“Rasanya ramai sudah tahu jenama atau produk mana yang menyumbang kepada Israel dan Zionis yang menghancurkan saudara-saudara kita di Palestin. Jadi memang wajib kita boikot. 

“Tolong boikot kerana walaupun ramai yang merasakan boikot itu tidak berkesan, tetapi ia telah terbukti berkesan. Saham mereka mulai jatuh, banyak kedai terpaksa ditutup dan sebagainya. Itulah kita punya jihad,’’ katanya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal membuat persembahan di Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi yang menampilkan Opick dan Sakti (bekas gitaris Sheila On 7) pada Sabtu ini di Zepp Kuala Lumpur. – 7 November 2023

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related