Gaji lewat, KWSP tertunggak: ‘Mengapa culas, meleweh jawapan’, netizen bengang dengan Shuib, anggap tak faham kesusahan pekerja

Malah mereka mendakwa sebagai majikan, Shuib mementingkan diri kerana dalam keadaan pekerja berdepan masalah itu, dia masih bermewah serta boleh membuka cawangan baharu

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjelasan diberikan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu berhubung isu gaji pekerjanya yang lambat dibayar berserta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertunggak, nampaknya mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Rata-rata mereka berpendapat, penjelasan Shuib tidak relevan dan sebagai majikan, dia dianggap lebih mementingkan diri kerana tidak memahami kesusahan perlu dilalui pekerja bawahan yang berpendapatan rendah, apabila terpaksa berdepan kedua-dua isu terbabit.

Bahkan, netizen mempertikaikan mengapa dia ‘culas’ dan ‘membiarkan’ caruman KWSP kakitangannya di bawah jenama minuman itu tertunggak sembilan bulan.

Shuib turut ditempelak kerana pada saat pekerja berhadapan masalah dan caruman KWSP, syarikatnya membuka kilang baharu dan sibuk ‘mempamerkan’ kemewahan kepada umum.

“Contohi Khairul Ameng. Kebajikan pekerja dijaga sangat-sangat. Diri sendiri hidup sederhana je tak ada nak bermewah macam founder (pengasas) lain. Berebut orang nak kerja dengan bos mcm tu. Dah tahu company (syarikat) ada masalah kewangan, janganlah tunjuk kehidupan mewah, sebab pekerja akan rasa dianiaya,” kata seorang netizen.

“Ib (Shuib), pekerja tak nak tahu untung rugi syarikat. Diaorang cuma nak kerja dan gaji seperti dijanjikan. KWSP itu hak pekerja. Jadi, jangan cerita untung rugi kepada pekerja sebab diaorang bukan rakan kongsi,” ujar seorang individu.

“Saya tak faham. Kata 2023 tahun mencabar. Macam mana boleh buka kilang baru? Patutnya selesaikan dulu hutang KWSP kakitangan. Walau satu sen pun kalau hak orang, dekat akhirat tetap akan dipersoalkan. Maaf ya Shuib sebab komen macam ni,” tulis seorang netizen lain.

“Meleweh (berlagak) la jawapan macam ni. Pentingkan diri sendiri. Tak fikir ke pekerja nak berurusan dengan bank akan menghadapi masalah. Pengurusan atasan memang tahu hal ni. Dah viral baru nak pulihkan keadaan,” kata seorang pengguna media sosial.

“Bila pekerja dah naik angin, baru kalut nak bagitau. Sembilan bulan pekerja tunggu. Ada awak semua bagitau? Tak ada kan? HQ (ibu pejabat) ke, HR (sumber manusia) ke, semua diam…Fikirlah…Bukan pekerja kaya macam awak. Dengan isu gaji lambat, OT (kerja lebih masa) tiga kali tak bayar, claim (tuntutan) susah dapat,” tegas seorang lagi netizen.

“You ada pekerja yang jaga kewangan. Ada pekerja handle (kendali) HR. Macam mana boleh terlepas bayar KWSP pekerja? Gaji pekerja tiap-tiap bulan dipotong. Jadi, tiap-tiap bulan wajib bayar KWSP pekerja. Tak adil untuk pekerja kalau majikan mewah sana sini tapi KWSP mereka tak dibayar,” ulas netizen lain pula.

“Kalau tak bayar ikut tarikh ditetapkan kena denda lagi. Mampu buka cawangan banyak tentulah mampu untuk bayar KWSP pekerja. Itu duit pekerja tau bukan duit awak. Bila pekerja buat laporan baru nak menggelabah. Sebagai majikan, kebajikan pekerja kena jaga sebab diaorang itulah yang menaikkan syarikat awak,” kata seorang warga maya.

Terdahulu, Shuib membuat penjelasan berhubung isu gaji pekerjanya lambat dibayar berserta caruman KWSP tertunggak menerusi hantaran video di Instagram selepas seorang bekas kakitangannya, menularkan perkara itu melalui TikTok.

Dalam perkongsiannya, Shuib menjelaskan, isu terbabit timbul kerana syarikat jenama minumannya sebelum ini, diuruskan pihak pengurusan lama dan berlaku salah urus sehingga mengakibatkan masalah kewangan.

Shuib memberitahu, dia dan rakan kongsi perniagaannya sudah mengambil alih pengurusan syarikat mereka, termasuk berkaitan kewangan.

“Cuma saya nak buat pencerahan bila surat layang dikeluarkan di TikTok. Seolah-olah syarikat kami memang langsung buat tak tahu mengenai KWSP pekerja kami. Itu macam tak okey sangatlah.

“Sebab bermula dari awal 2023, kami berhubung dengan pihak KWSP dan maklumkan kepada mereka mengenai situasi kami. Kami tidak boleh bayar sekali banyak. Jadi, kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran.

“Alhamdulillah, kami ada buat pembayaran. Banyak juga pembayaran dilakukan. Cuma sedang menunggu keputusan berapa kali ansuran pembayaran yang boleh dilakukan,” katanya.

Shuib juga memaklumkan, dia tidak pernah culas membayar gaji pekerja sepanjang lebih tiga tahun syarikatnya beroperasi dan tidak memotong gaji mereka sewaktu PKP.

Melalui pihak pengurusan baharu itu, Shuib menjelaskan syarikatnya akan muncul dengan rekaan, ‘wajah’, suasana dan menu baharu, malah mempunyai matlamat menembusi pasaran antarabangsa. – 11 November, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related