HEADLINES

Tak perlu caci-mencaci untuk tunjuk siapa terpaling pejuang’, Azhan Rani mohon masyarakat lebih bersatu-padu

Azhan juga turut menyatakan kekagumannya terhadap keberanian tentera Al-Qassam kerana tidak gentar berjuang demi membebaskan Palestin daripada kezaliman Zionis

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Azhan Rani kesal kerana ada segelintir rakyat di negara ini saling bertanding dan mengangkat diri sebagai ‘terpaling’ Palestin, dalam membela penduduk di Gaza.

Justeru Azhan yang juga pelakon drama Nur, Nur 2 dan Keluarga Untuk Disewa ini meminta masyarakat berdoa supaya bumi Palestin kembali damai dan beroleh kemenangan namun pada masa sama turut mendoakan rakyat Malaysia supaya aman dan bersatu.

“Mulai hari esok (hari ini), tak payahlah lagi bertanding siapa yang terpaling Palestin. Setiap pendoa buat mereka di sana adalah pejuang. Insya-Allah, walau kita tak mampu ke medan tempur.

“Tidak kisahlah ahli politik mahu pun kita rakyat biasa, tak perlulah caci-mencaci, remeh-meremehkan, ejek-mengejek, berkasar bahasa menunjukkan siapa yang terpaling pejuang. Kita semua di sini sahaja.

“Sokong mana yang bagus dengan akal dan budi kita. Yang kita rasa tak okey tu, kita doakan perlahan-lahan untuk mereka bersama mengangkat kalimat Allah. Macam mana nak menang, belum bertempur, kita dah berpecah,” katanya menerusi perkongsian di dalam Instagramnya.

Azhan turut menyatakan kekagumannya terhadap keberanian tentera Al-Qassam kerana tidak gentar berjuang demi membebaskan Palestin daripada kezaliman Zionis.

“Serius, saya kagum dengan mereka. Walau tak pakai helmet perang canggih kalis pelurus, dengan serban litup muka sahaja, mereka ini lebih menggerunkan dan nampak benar-benar pejuang.

“Doalah sama-sama, kita usaha berubah jadi lebih baik dari hari ini dan semalam,” katanya lagi sambil cuba menggayakan lilitan serban seperti tentera Al-Qassam. – 12 November, 2023

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related