HEADLINES

Selepas 7 tahun bercinta, pelakon ‘Reply 1988’ Lee Hyeri dan Ryu Jun Yeol berpisah

Bagaimanapun kedua-duanya tidak mendedahkan punca perpisahan mereka

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berita menyedihkan buat peminat k-drama khususnya mereka yang menggemari drama bersiri, Reply 1988.

Kedua-dua bintang utama drama bersiri popular itu, Ryu Jun Yeol dan Lee Hyeri mengambil keputusan untuk berpisah selepas menjalin hubungan cinta selama tujuh tahun.

Perkara itu disahkan agensi Jun Yeol, C-JeS Studios dan Creative Group ING yang menguruskan Hyeri.

“Ya benar, mereka sudah putus hubungan”.

Namun, kedua-duanya tidak mendedahkan punca perpisahan mereka tetapi memaklumkan akan terus berkawan dan memberikan sokongan antara satu sama lain.

Pasangan itu bertemu di lokasi Reply 1988 dan mengesahkan hubungan cinta mereka kepada peminat pada Ogos 2017, iaitu setahun selepas drama bersiri lakonan mereka itu disiarkan.

Berita mengenai hubungan mereka itu membuatkan peminat gembira kerana akhirnya percintaan di dalam drama bersiri tersebut benar-benar berlaku di dunia nyata.

Apatah lagi apabila Hyeri yang memegang watak Duk Sun akhirnya menerima cinta Park Bo-Gum (Taek), bukannya Ryu Jun-Yeol (Jung-Hwan) di dalam drama itu.

Walaupun ramai peminat merestui hubungan cinta Duk Sun dan Taek yang berakhir di jenjang pelamin, ada segelintir peminat mahukan dia bersama Jung-Hwan.

Susulan itu, apabila Jun Yeol dan Hyeri mengumumkan percintaan mereka, peminat mereka amat merestuinya.

Namun, berita perpisahan kedua-dua pelakon itu kini mengundang kekecewaan peminat.

Hyeri mula mencipta nama sebagai ahli termuda kumpulan K-Pop wanita, Girl’s Day pada Oktober 2010 sebelum melangkah ke dunia lakonan.

Kini, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem, Victory.

Jun Yeol pula memulakan kerjaya lakonannya pada 2014 menerusi beberapa watak kecil dalam filem bebas dan muzik video.

Drama bersiri, Reply 1988 berjaya menaikkan namanya.

Sejak itu, dia banyak tampil dengan beberapa filem hit seperti The Silenced (2015), The King (2017), A Taxi Driver (2017) dan The Battle: Roar to Victory (2019).

Filem terbaharu lakonannya adalah Alienoid yang bakal ditayangkan di pawagam tahun depan. – 14 November, 2024

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related