◉ HEADLINES

Terima kasih Min! Sweet coretan hati Mimi Lana sempena hari lahir sahabatnya

Kedua-duanya sudah berkawan baik selama lapan tahun

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sahabat yang baik bukan hanya akan ada pada waktu senang tetapi sanggup bersama kita ketika berdepan kesedihan atau kesusahan.

Namun, mencari sahabat yang baik tidak mudah. Jika kita sudah menemui insan sebegitu, kita perlu menghargainya seperti dilakukan pelakon Mimi Lana.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagram, Mimi Lana menulis coretan penuh bermakna didedikasikan khas buat sahabatnya, Min yang sudah dikenali selama lapan tahun.

Coretan istimewa itu ditulis sempena sambutan hari lahir sahabat baiknya itu, hari ini.

“Pejam celik, dah nak dekat lapan tahun Min bersama dengan Mimi. Sedih sebenarnya nak tulis.

“Terima kasih Min, selalu ada dengan Mimi waktu susah dan senang. Kita redah laut, redah hutan, redah hujan, redah panas, semualah kita redah sama-sama,” katanya penuh emosi.

Bukan sekadar sanggup bersusah dan senang bersama, Mimi mendedahkan Min sanggup melakukan apa sahaja demi persahabatan mereka.

“Min sentiasa ada dekat belakang Mimi tanpa merungut sedikit pun. Waktu Mimi sedih, Min orang pertama yang sampai. Waktu Mimi baru cakap teringin nak makan apa-apa, tiba-tiba makanan tu dah ada, macam magik!

“Waktu Mimi happy (gembira) selalu Min akan meriahkan lagi suasana. Terima kasih Min untuk segala galanya,” katanya.

Pelakon yang membatalkan perkahwinannya dengan Syafiq Kyle itu juga tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupannya tanpa sahabatnya itu.

“Selamat ulang tahun @aimeenz7_. Semoga segala yang Min niat dan impikan termakbul. Semoga Min sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

“Semoga Min sentiasa dilindungi dan berada dalam pelukan kasih sayang Allah SWT. Semoga kita sentiasa ada untuk satu sama lain sampai bila bila. Amin. Mimi sayang Min,” katanya.

Sweet betul cara Mimi Lana menzahirkan coretan hatinya itu. Apatah lagi bila ia dizahirkan dari lubuk hatinya. – 19 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related