Bakal timang anak ke-7 pada usia separuh abad, Awie kena jaga badan dan kesihatan elak digelar ‘atuk’

Awie juga akui menjadi bapa pada usia 55 tahun adalah sesuatu yang mencabar berbanding zaman muda malah dia cepat meleleh air mata saat rindukan anak

10:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie mendedahkan terpaksa menjaga kesihatan memandangkan dia bakal menimang cahaya mata ketujuh pada usia separuh abad.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 55, bakal menimang cahaya mata ketujuh selepas isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin disahkan hamil dan kandungannya kini sudah memasuki empat minggu.

“Saya pernah cakap dengan isteri yang saya akan jaga dan sihatkan tubuh badan supaya bila hantar anak saya ke sekolah nanti, orang tidak akan tertanya sama ada saya ini atuk atau ayah dia.

“Itu sebenarnya satu cabaran buat lelaki yang menimang anak pada usia tua. Jangan kau buat anak tapi kau sakit. Kesianlah kat isteri, kesianlah kat anak.

“Bila saya fikir-fikir, memang Tuhan bagi saya cabaran ini supaya saya menjaga kesihatan saya elok-elok untuk membesarkan anak ini dengan sihat dan baik. Insya-Allah.

“Kalau sengaja-sengaja nak buat, itu memang berdosalah. Nak menganiaya isteri dan anak,” katanya sewaktu ditemui di majlis taklimat Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter di studio kedua miliknya di Ampang.

Awie juga mengakui anak-anak yang lain reda dengan kehadiran adik baharu mereka dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Lagipun saya hanya mempunyai seorang anak dengan isteri baharu ini. Dia pun nak anak lagi. Dia beritahu anak-anak yang lain, mummy nak seorang lagi anak. Sekurang-kurangnya boleh dapat sepasang.

“Sebelum ini, kita dapat anak lelaki. Jadi, kita usahalah. Insya-Allah, kita berdoa supaya dikurniakan anak perempuan pula,” katanya.

Awie kini sibuk mempromosikan Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter yang akan berlangsung bulan depan – Gambar Instagram Awie, 27 November, 2023

Awie juga memberitahu, jika dia tidak mempunyai apa-apa kerja, dia akan membantu isterinya untuk menjaga anak pada waktu malam.

“Tapi, kalau saya sedang sibuk dengan show atau jika ada latihan untuk persiapan konsert macam sekarang ini, saya tidak boleh melakukannya. Saya akan tidur dengan secukup-cukupnya,” katanya.

Jelas Awie lagi, jika dibandingkan pengalaman dirinya menjadi bapa pada usia yang masih muda dengan usia sekarang ini, memang ada bezanya.

“Berbanding dahulu, sekarang ini saya prihatin terhadap anak-anak. Kalau waktu muda dulu kita macam lupa diri dan macam tidak begitu melihat anak-anak.

“Kadang-kadang kita buat benda yang bukan-bukan, pergi sana pergi sini, hari yang kita tidak patut keluar, kita keluar konon-konon hari itu kerja, walhal tidak perlu pun. Keluar syuting sebulan pun, kita buat bodoh. Macam tidak ada anak.

“Tapi, sekarang ini, kalau tidak tengok anak tidak boleh. Kadang-kadang berpisah tiga empat hari dengan anak boleh meleleh air mata. Sekarang ini lebih fokuslah,” katanya.

Menerusi perkahwinannya dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016, Awie mendapat seorang anak lelaki pada 2020.

Menerusi perkahwinan dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bercerai pada 1 November 2014.

Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21. – 27, November, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US embassy refutes claims of new sanctions on Malaysian companies  

Washington has not listed Putrajaya as ‘state sponsor of terror’, it clarifies

Kuala Kubu Baharu poll: Nga buying votes, ‘feng shui’ joke in bad taste, says MCA’s Ti

DAP leader’s ‘clowning around’ could sully unity govt’s image, warns senator

Related