HEADLINES

Nabila Razali janggal dipanggil ‘puan’, baru tersedar kini sudah bergelar isteri orang

Dia terkejut apabila disapa dengan panggilan puan sewaktu membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini

7:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi popular yang baru sahaja bergelar isteri, Nabila Razali mengakui berasa janggal tatkala ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘puan’.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 31 kejadian itu berlaku sewaktu dia membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

“Bila saya dipanggil dengan gelaran Puan Nabila, pada mulanya saya agak terkejut.

“Tetapi orang panggil tu cakap, awak baru kahwin kan? Baru saya tersedar bahawa saya kini telah beralih status sebagai isteri orang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran tudung NADA kolaborasi bersama Nabila Razali.

Dalam pada itu, kongsi penyanyi lagu Peluang Ini lagi, disebabkan sudah bergelar isteri orang, tidak ada lagi peminat lelaki yang menegurnya dengan panggilan cumi-cumi.

“Jika dulu sebelum berkahwin, setiap kali mereka melihat saya, mesti akan panggil cumi-cumi.

“Tetapi kini mereka tidak lagi berkata sebegitu dan hanya menegur saya seperti biasa,” ujarnya.

Melihatkan dirinya tetap sibuk biarpun inai masih merah di jari, kata Nabila dia enggan memperlahan kerjaya seni biarpun sudah bergelar isteri.

Nabila Razali menamatkan zaman bujang dengan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November lalu – Gambar Nabila Razali, 30 November, 2023

“Sehari selepas majlis resepsi, saya terus ke Pulau Pinang untuk buat persembahan di USM sebagai alumni.

“Suami ada bertanya sama ada saya penat atau tidak. Tetapi saya okay sahaja.

“Lagipun saya tidak mahu jadikan status seorang isteri sebagai alasan untuk memperlahankan kerjaya seni saya.

“Malah saya sudah berbincang dengan suami tentang kerjaya seni saya. Dia pun seorang yang sibuk. Saya pun sibuk dengan kerjaya saya. Jadi masing-masing sudah faham tugas masing-masing,” jelasnya.

Nabila dan Nir Iruwan Nik Izani berkahwin pada 18 November lalu, manakala majlis resepsinya berlangsung pada Ahad lepas bertemakan Jawa. – 30 November 2023

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Related