HEADLINES

Nabila Razali akhiri zaman bujang, sah jadi isteri Nik Iruwan

Hanya dengan sekali lafaz, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Razali sah bergelar isteri kepada tunangnya, Nik Iruwan, kira-kira jam 10.11 pagi tadi

12:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nabila Razali akhirnya selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani dalam sebuah satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Bukit Tinggi, Pahang, pagi tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Razali sah bergelar isteri kepada tunangnya, Nik Iruwan, kira-kira jam 10.11 pagi tadi.

Majlis pernikahan secara tertutup pasangan mempelai itu telah itu diadakan di Pusat Peranginan The Chateau Spa & Wellness di Bukit Tinggi.

Pasangan yang sama cantik sama padan ini juga kelihatan manis mengenakan busana pengantin rona putih sedondon.

Berkongsi kegembiraan bersama pengikutnya di Instagram, Nabila telah memuatnaik dua keping gambar pernikahannya.

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga  memanjatkan kesyukuran kerana majlis pernikahan tersebut telah berjalan dengan lancar dan selamat.

“Tiada yang setara dengan pernikahan, bagi dua orang yang saling mencintai. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya, Nur Nabila digelar sebagai isteri kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz pada 10.11am, 4 Jamadilawal 1445H.

“Terima kasih atas segala ucapan dan doa sempena hari kebahagian Bella. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik semua,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya, pagi tadi.

Ramai rakan selebriti dan pengikutnya di platform media sosial itu yang telah mengucapkan tahniah di atas pernikahannya itu dan mengharapkan dia menemui kebahagiaan bersama pasangan hidupnya itu.

Terdahulu, pasangan itu dikatakan telah mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu, namun Nabila memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenainya. Bahkan meminta supaya privasinya dihormati.

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini bagaimanapun membuat kejutan apabila berkongsi detik bahagia apabila dia dilamar Nik dalam satu suasana yang cukup romantis di Instagramnya pada tanggal 13 September lalu. – 18 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related