◉ HEADLINES

Bakal adakan konsert esok, Afgan teruja kembali ke Malaysia

Istimewanya, buat pertama kali, Afgan bakal membuat persembahan diiringi kumpulan Orkestra Malaysia untuk tampilkan kelainan.

10:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan teruja bakal menjayakan konsert bersama orkestra Malaysia buat kali pertama di negara ini.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza berkata, dia memang meletakkan syarat untuk mendapatkan khidmat orkestra sebagai pemuzik bagi acara persembahan Afgan Live In Concert with Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di sini dan untuk edisi kali ini, memang saya minta supaya ia membabitkan orkestra sebagai pemuzik saya.

“Lebih istimewa ini juga julung kali saya diiriingi pemuzik dari Malaysia dan saya tidak sabar membuat persembahan,” katanya pada sesi bersama media di sini, hari ini.

Pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.

“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka biarpun baru sekali sahaja.

“Walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya, mereka sudah bisa memainkan dengan baik,” katanya yang kali terakhir membuat persembahan bersama iringan muzik orkestra lapan tahun lalu sewaktu menjayakan konsert bersama Erwin Gutawa.

Pada konsert itu, Afgan bakal membawakan 25 lagu popularnya, termasuk lagu penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.

Bagi edisi kali ini, dia bakal berduet dengan rakan senegaranya, Raisa dengan lagu berjudul Percayalah.

Hampir setiap tahun mengadakan konsert di sini, Afgan memberitahu bahawa dia tidak pernah bosan dengan Malaysia dan berharap peminatnya juga tidak jemu.

Afgan turut meluahkan rasa gembira dan syukur apabila tiket konsertnya kali ini ‘sold out’ seperti konsert terdahulu. – 1 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

Too many questions: scammers have least success with Indians, say Penang police

Police data and interviews with arrested scammers attest to this, according state commercial crime investigation department deputy chief

◉ Related