Strategi Wawa, Aeril tampilkan tiga ‘hot guys’ dalam filem Klepet

Tiga pelakon kacak dan popular yang dipilih membintangi filem Klepet ialah Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar

5:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menampilkan pelakon berwajah kacak dan popular merupakan strategi Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selaku penerbit filem Klepet agar naskah tersebut dapat menarik perhatian ramai apabila ditayangkan kelak.

Filem Klepet bakal dibintangi Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar sebagai watak utama.

Menurut Aeril yang merupakan pemilik syarikat produksi Respected Citizen Sdn. Bhd., sebagai seorang usahawan, dia menggunakan pengalamannya dalam bidang perniagaan untuk menentukan hala tuju serta pemasaran filem ketiga terbitannya itu.

“Selain jalan cerita yang menarik dan berbeza, sudah tentu pelakon yang popular masa kini merupakan salah satu strategi pemasaran untuk ‘memancing’ penonton.

“Tidak dinafikan, Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir merupakan pelakon yang paling menyerlah masa kini. Untuk dapatkan mereka juga bukan mudah kerana masing-masing punya jadual kerja yang sangat padat,” katanya.

Ditanya sama ada sukar untuk memujuk pelakon-pelakon terbabit, kata Aeril, pertama sekali dia menawarkan watak kepada kenalannya terlebih dulu iaitu Aedy Ashraf.

Aeril Zafrel (di sini bersama Wawa Zainal) menggunakan pengalamannya dalam bidang perniagaan untuk menentukan hala tuju serta pemasaran Klepet, filem ketiga terbitannya – Gambar ihsan Respected Citizen Sdn. Bhd

“Saya kenal Aedy sudah lama sejak dia kecil lagi. Bila saya beritahu nak buat filem ini, dia terus setuju. Selepas itu baru saya tawarkan kepada pelakon-pelakon lain.

“Saya percaya mereka lihat terlebih dahulu siapa yang membintangi filem ini. Jadi bila ada Aedy, mereka setuju untuk terlibat dengan filem ini,” kongsinya.

Sementara itu bagi Meerqeen, dia sanggup menangguhkan waktu percutiannya demi membintangi Klepet.

“Sepatutnya bulan ini saya cuti kerana sejak awal tahun saya kerja ‘back to back’. Tetapi saya tak boleh lepaskan peluang untuk terlibat dengan filem ini kerana saya tak pernah lakonkan genre sebegini iaitu aksi komedi. Digandingkan pula dengan kawan-kawan saya Aedy dan Nadhir sebab itu saya terima,” katanya.

Bagi Nadhir pula, dia tidak mampu menolak tawaran Aeril yang merupakan gandingan pertamanya dalam bidang seni menerusi drama Terciptanya Satu Ikatan.

“Sejak itu saya memang ada satu ikatan istimewa dengan Aeril. Aeril adalah seorang yang apabila dia buat sesuatu, dia buat dengan ikhlas. Bila kerja dengan orang yang ikhlas, rasa lebih seronok.

“Sebelum ini saya pernah ditawarkan beberapa kali oleh Aeril, tetapi jadual saya tidak mengizinkan.

“Kali ini tawaran ini tiba ketika saya baru selesai penggambaran, Sepatutnya saya bercuti. Tetapi saya kira ini adalah rezeki yang saya tak boleh tolak. Tambahan pula saya sekali lagi digandingkan dengan Aedy Ashraff. Saya banyak belajar dengan dia sejak kami sama-sama terlibat dengan drama Projek Anchor SPM,” katanya.

Tidak mahu dilabel sekadar menjual muka semata-mata, Aeril turut menyediakan kelas persediaan lakonan bersama aktor berbakat besar, Adlin Aman Ramlie untuk pelakon filem tersebut.

Bakal diarahkan oleh Indra Putra, filem yang menelan belanja RM2.1 juta itu turut menampilkan Joey Daud, Eric Fuzi, Namie dan seorang pelakon dari Ukraine, Darina Porhun.

Ia bakal menjalani penggambaran sepenuhnya di Melaka bermula 2 Disember. – 2 Disember, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related