◉ HEADLINES

Naomi Campbell pakai busana rekaan Rizman Ruzaini kali ke-2 di Festival Filem Red Sea

Ini kali kedua supermodel terkenal dunia itu memakai busana rekaan Rizman Ruzaini selepas kali pertama di Minggu Fesyen Dubai Oktober lalu

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Busana pereka fesyen Malaysia, Rizman Ruzaini menjadi pilihan Naomi Campbell apabila supermodel terkenal dunia itu memakainya buat kali kedua ketika hadir pada Festival Filem Red Sea 2023 di Arab Saudi.

Naomi tampil anggun memakai gaun kombinasi warna merah dan hitam yang sarat dengan perincian beserta ropol tatkala melewati karpet merah acara itu.

Ini kali kedua peragawati yang berasal dari England itu memakai busana rekaan Rizman Ruzaini selepas kali pertama mengenakannya di Minggu Fesyen Dubai pada Oktober lalu.

Ramai netizen memuji keanggunan Naomi memakai busana rekaan Rizman Ruzaini itu dan bangga apabila rekaan pereka Malaysia menjadi pilihan seorang supermodel bertaraf antarabangsa.

“Melihat ini membuatkan saya sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Pereka fesyen paling berbakat kita menjadikan ini satu kenyataan,” tulis salah seorang pengguna Instagram di akaun Rizman Ruzaini.

“Jauh sudah mereka pergi. Tahniah kerana mengharumkan nama negara,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Baru-baru ini juga Rizman Ruzaini telah memenangi dua anugerah utama di Kuala Lumpur Fashion Award 2023 bagi kategori Jenama Fesyen Terbaik dan Pencapaian Terbaik.

Festival Filem Red Sea 2023 yang kini sedang berlangsung dihadiri oleh pengkarya filem serta bintang-bintang terkenal dari seluruh dunia.

Antara yang dilihat membuat kemunculan di sana ialah Katrina Kaif, Ranveer Singh, Karan Johar, Will Smith, Diane Kruger, Lucas Bravo, Michelle William, Freida Pinto dan ramai lagi. – 3 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related