HEADLINES

Lebih setahun jadi penyampai radio, Shuib Sepahtu tinggalkan Suria FM berkuatkuasa hari ini

Suria FM bagaimanapun berharap untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib pada masa depan

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas lebih setahun menjadi penyampai radio Suria FM dan mengemudi segmen Morning Morning Suria bersama Ajak serta Suraya, akhirnya Shuib Sepahtu meninggalkan stesen radio tersebut berkuatkuasa hari ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, kerjasama yang terjalin selama hampir dua tahun itu merupakan langkah strategik yang diambil oleh Suria FM dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 menerusi kolaborasi khas dengan Shuib.

“Memang kolaborasi khas bersama Shuib untuk beberapa tempoh sahaja kerana beliau ingin memberikan tumpuan penuh kepada perniagaannya yang semakin berkembang.

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi pengalaman amat berharga buat kami.

“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih di atas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawa oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” katanya.

Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.

DJ Lin bagaimanapun berharap agar Suria FM dapat menjalinkan kerjasama dengan Shuib pada masa depan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pengganti Shuib, DJ Lin berkata: “Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.”

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi konti Suria FM apabila Ajak dan Suraya tidak dapat menahan sedih kerana terpaksa melepaskan Shuib pada hari terakhir tugasannya itu.

Memeluk Shuib dengan erat, Ajak dengan mata yang kemerahan selepas menangis telah memuatnaik paparan video yang menyaksikan suasana pada hari terakhir Shuib di konti Suria FM di Instagramnya.

“Terima kasih untuk semua kenangan Eib. Yang pergi jasad, tapi jiwa masih tinggal Eib. Semoga terus berjaya Soeb,” tulisnya. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Over 1,700 Malaysian products to enjoy zero tariffs under new US trade deal

Palm oil, rubber, cocoa and aerospace equipment among exports covered under the Reciprocal Trade Agreement signed between Malaysia and the United States

Related