HEADLINES

Nora tunaikan hasrat arwah suami, kembangkan jenama Secukup Rasa By Nora dengan produk pes masakan

Jenama Secukup Rasa By Nora telah diilhamkan arwah suaminya pada 2000 selepas menyedari minatnya memasak

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Demi merealisasikan hasrat Allahyarham Johan Nawawi yang mahu melihat jenama Secukup Rasa By Nora dikembangkan, penyanyi bergelar usahawan, Datuk Nora Ariffin telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan pes masakan menggunakan resepi turun-temurun keluarganya.

Menurut Nora, jenama Secukup Rasa By Nora telah diilhamkan arwah suaminya itu pada 2000 selepas menyedari minatnya memasak.

“Arwah juga menyimpan impian untuk melihat saya membuka kafe bernama Secukup Rasa suatu hari nanti. Tapi, hendak buat macam mana, waktu itu saya sendiri masih sibuk dengan aktiviti nyanyian.

“Namun kini apabila usia saya sudah mencecah 50 tahun, saya sudah boleh fokus untuk mengembangkan bisnes ini serta mengukuhkan lagi penjenamaan Secukup Rasa By Nora.

“Lagipun sampai bila saya nak menyanyi? Saya juga beritahu pada diri sendiri, pada usia 50 tahun, saya perlu berbuat sesuatu dan ketika itulah munculnya idea mengeluarkan produk pes masakan ini,” katanya kepada Scoop.

Pes masakan keluaran syarikatnya, Secukup Rasa Empire yang menggunakan tagline ‘Rasa Sekali Rasa Nak Lagi’ itu menawarkan dua jenis resepi masakan iaitu Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna yang mudah digunakan sama ada mereka yang berkeluarga atau masih bujang.

“Untuk permulaan saya keluarkan dulu dua pes masakan ini. Mungkin tahun depan, kita akan keluarkan dua lagi jenis pes masakan baharu.

“Saya pilih untuk keluarkan Pes Kerutuk sebab saya tahu betapa sukarnya menyediakan masakan ini sebab ia menggunakan rempas ratus yang banyak.

“Sebagai orang Kelantan, saya sendiri kadang-kala bergelut untuk menyediakan masakan ini. Jadi, untuk memudahkan orang ramai untuk menikmatinya, saya sediakan pes kerutuk ni.

“Ia cukup mudah digunakan. Hanya tambahkan santan atau susu dan kemudian dicampur dengan ayam atau daging. Tak perlu tambah garam gula dan sebagainya.

“Begitu juga dengan Pes Serbaguna. Ia macam sambal tapi penggunaanya sangat versatil. Boleh digunakan dengan udang, sotong mahu pun ikan bilis. Tak perlu campur apa-apa. Nak buat sebagai bumbu nasi goreng pun boleh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Secukup Rasa By Nora di Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Pada majlis tersebut, Nora turut menunjukkan demo memasak sambal udang menggunakan Pes Serbaguna.

Jelas Nora, latar belakang keluarga di sebelah ibu bapanya yang mengusahakan bisnes katering secara besar-besaran juga membantu memudahkan usahanya itu.

Datuk Nora Ariffin berkata, Secukup Rasa Empire yang menggunakan tagline ‘Rasa Sekali Rasa Nak Lagi’ itu menawarkan dua jenis resepi masakan iaitu Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna yang mudah digunakan sama ada mereka yang berkeluarga atau masih bujang – Gambar Secukup Rasa Empire, 8 Disember, 2023

“Kebetulan kita berkesempatan untuk pulang ke Kelantan, saya bertemu dengan sepupu saya. Selepas berbincang, mereka juga mahu meluaskan lagi bisnes mereka dan akhirnya kita bekerjasama mengeluarkan produk pes masakan ini,” katanya.

Sambung Nora lagi, dia juga mempunyai matlamat untuk memasarkan jenama produknya ke luar negara.

“Saya mahu membawa nama Malaysia sebagai makanan keluaran syarikat bumiputera. Tapi, untuk peringkat pertama kita, kita jual dulu secara online iaitu di Shopee dan boleh dibeli secara terus menerusi Instagram,” katanya.

Sambung Nora lagi, jenama Secukup Rasa BY Nora telah pun berdaftar dengan MyIpo atas usaha daripada arwah Johan ketika hayatnya masih ada
“Kemudian pada 2001, saya keluarkan buku masakan, Secukup Rasa By Nora dengan tagline ‘Pikat Untuk Yang Tersayang’ yang disasarkan kepada golongan yang baru belajar memasak.

“Saya juga keluarkan kek dan biskut raya pada bulan puasa. Waktu musim PKP, saya buat pula penghantaran makanan Nasi Kerabu serta dan Nasi Dulang serta Rendang Tok untuk raya dan sambutan yang diterima sungguh luar biasa.

“Waktu itulah saya menyedari betapa kuatnya jenama Secukup Rasa By Nora,” katanya. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Popular

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related