HEADLINES

Foto berasingan Syafiq Kyle, Mimi Lana di sebuah butik mengundang spekulasi, netizen harap mereka jadi berkahwin

Kata netizen, daripada kapsyen itu pun sudah faham dan mereka juga mengharapkan kali ini perkahwinan Syafiq dan Mimi akan menjadi kenyataan

7:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Syafiq Kyle dengan Mimi Lana memang gemar mencetuskan kejutan dan persoalan buat pengikut serta peminat mereka.

Kejutan yang pertama sewaktu mereka menghebohkan status hubungan sekitar 2019 selepas beberapa tahun bercinta.

Kemudian pada 2020, hubungan mereka dikhabarkan sudah tiada lagi sebelum bercinta beberapa bulan kemudian.

Pada hujung tahun lalu, mereka mengumumkan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan mendirikan rumah tangga.

Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini membatalkan majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan yang dijadual berlangsung pada 18 Ogos lalu. – Gambar Instagram Syafiq Kyle, 8 Disember, 2023

Malangnya, impian mereka untuk melayar bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila Syafiq dan Mimi membatalkan majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan yang dijadual berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum tarikh pernikahan mereka berlangsung. Baik Syafiq mahupun Mimi masing-masing enggan menyatakan sebab dan punca pernikahan itu dibatalkan.

Pada 1 November lalu, Mimi meluahkan perasaannya dengan memberitahu bahawa putus cinta itu cukup menyakitkan dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Namun pada pertengahan November, Syafiq dan Mimi mengundang persoalan apabila dilihat menikmati makan malam bersama dalam keadaan mesra di kawasan sekitar Setapak, Kuala Lumpur.

Ia sekali gus mengundang spekulasi bahawa hubungan mereka berkemungkinan sudah kembali pulih dan bertaut semula.

Terbaharu, Syafiq dan Mimi sekali lagi membuat kejutan apabila mengambil foto secara berasingan di tempat yang sama (yang kelihatan seperti butik), sebentar tadi.

Memuat naik foto itu di akaun Instagram masing-masing, Syafiq menulis kapsyen: “Menanti untuk berkongsi momen indah bersama”.

Kapsyen yang ditulis Mimi juga sama tetapi ia dalam bahasa Inggeris: “Looking forward to sharing moments with”.

Rata-rata pengikut dan peminat teruja apabila melihat hantaran mereka itu serta mengucapkan tahniah.

Kata netizen, daripada kapsyen itu pun sudah faham dan mereka juga mengharapkan kali ini perkahwinan Syafiq dan Mimi akan menjadi kenyataan. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related