HEADLINES

Amir Masdi jelaskan bapanya bukan pemilik syarikat, bukan datang daripada keluarga ‘have-have’

Dakwaan itu timbul setelah Amir mendedahkan telah membuat persembahan julung kali di Pan Borneo Sarawak

8:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi rock muda, Amir Masdi menafikan dia datang daripada keluarga yang ‘have-have’ (berada) dan bapanya adalah seorang yang berpengaruh serta pemilik syarikat mega seperti dakwaan segelintir pihak.
 
Dakwaan itu timbul setelah Amir mendedahkan telah membuat persembahan julung kali untuk syarikat di mana bapanya bekerja di Pan Borneo Sarawak dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya beberapa hari lalu.
 
Bagi menjelaskan keadaan sebenar, Amir berkata, bapanya bukanlah seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mahupun pemilik syarikat Pan Borneo Sarawak, sebaliknya hanyalah salah seorang kakitangan yang bertugas di syarikat tersebut.
 
“Mungkin ada yang fikir syarikat tersebut Encik Masdi yang punya, tetapi sebenarnya bukan. Ayah saya hanya pekerja di sub-syarikat Pan Borneo Sarawak.
 
“Saya membuat persembahan untuk majlis makan malam syarikat tersebut  berserta dengan beberapa sub-syarikat lain yang berada di bawahnya,” katanya kepada Scoop.

Amir menjelaskan dakwaan itu sewaktu ditemui selepas berakhirnya showcase Amir Masdi Album Tour di Tropical Klup di Changkat Bukit Bintang, sebentar tadi.

“Saya garu kepala juga pada mulanya bila membaca dakwaan tersebut. Tetapi mungkin, kapsyen hantaran saya itu yang mengelirukan.
 
“Tapi, sebetulnya saya mahu katakan ayah saya bekerja di syarikat itu. Tapi, jadi kelakar juga bila timbulnya dakwaan tersebut.
 
“Jadi, saya bukanlah daripada keluarga ‘have-have’. Keluarga saya sederhana sahaja,” kata bekas pemenang juara Akademi Fantasia 2016 itu.
 
Pada acara showcase Amir Masdi Album Tour itu, Amir mempersembahkan 21 lagu terdiri daripada rangkaian lagu-lagunya serta lagu-lagu cover version daripada beberapa era di hadapan 300 peminat setianya. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related