Suka lepak di pusara dan trauma pernah dialami, jadi inspirasi Gavin Yap hasilkan Geng Kubur

Fiilem Geng Kubur yang dibintangi Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong, Sasidaran dan Nadia Aqilah mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 27 April ini

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gemar melepak di tanah perkuburan bersama rakan-rakan sewaktu zaman persekolahan, mencetuskan idea dan inspirasi buat pengarah, Gavin Yap untuk menghasilkan filem seram, Geng Kubur.

Geng Kubur terbitan Iron Hill Media Sdn Bhd adalah filem seram kedua arahan Gavin Yap selepas Dendam Pontianak atau Revenge of the Pontianak yang diarahkan bersama Glen Goei pada 2019.

Pengarah Gavin Yap (empat kiri) bersama penerbit eksekutif, Michael Chen (tiga kanan) diiringi barisan pelakon filem Geng-Kubur. – Gambar PR, 19 April, 2024

“Memang saya suka hasilkan filem seram. Namun, saya cuba lakukan kelainan dalam filem seram yang saya arahkan.

“Macam dalam Dendam Pontianak, walaupun ia filem seram tapi mempunyai lebih banyak kisah percintaan dan tragedi.

“Tapi, dalam Geng Kubur, ia mempunyai elemen seram disuntik dengan elemen psikologi menggunakan empat watak yang bersahabat baik dan tidak punya siapa-siapa, kecuali sesama mereka sendiri dan bahagian itu sahaja yang dipengaruhi elemen filem The Goonies,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Geng Kubur, Gavin berkata, filem terbaharu arahannya itu bukan sekadar karya seram mata-mata tetapi turut mengangkat tema persahabatan, kekeluargaan dan penerimaan diri.

“Dalam filem ini, setiap watak utama tidak menjalani kehidupan sempurna dan mereka perlu berhadapan isu yang melanda diri masing-masing. Boleh dikatakan, ada mesej ingin disampaikan kepada penonton.

“Saya sendiri pernah melalui trauma dan saya cuba terjemahkan apa yang pernah saya lalui ini di dalam watak keempat-empat sahabat ini.

“Saya yakin penonton akan mengenang kembali kehidupan semasa zaman persekolahan dahulu,” katanya yang keberatan menjelaskan lebih lanjut mengenai trauma pernah dialaminya.

Antara babak menarik dalam filem Geng Kubur yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 25 April ini. – Gambar PR, 19 April, 2024

Mengenai pemilihan pembawa watak yang rata-ratanya wajah baharu sedang meningkat naik, Gavin Yap berkata, dia tidak pernah memikirkan soal pemilihan pelakon yang boleh dijual atau sebaliknya sewaktu memilih merereka untuk membintangi filem itu.

“Saya memilih barisan aktor yang terbaik untuk filem ini dan saya melakukannya dengan cara lama, iaitu mengadakan uji bakat. Siapa yang menonjol dan memberikan yang terbaik ketika uji bakat ini, dia dipilih.

“Tapi, saya memang mahu cari muka baharu dan ketengahkan bakat mereka,” katanya.

Menurut Gavin, sebetulnya dia ingin menghasilkan filem yang tidak berkaitan dengan genre seram, namun entah kenapa, filem seperti itu lebih senang mendapat pembiayaan.

“Bila saya bikin filem seram, ia sesuatu yang mengecewakan buat tim pemasaran sebab filem saya bukan filem seram tipikal.

“Ia bukan filem seram yang membuatkan anda terkejut dan melompat. Kalau saya buat filem begitu, ia lebih senang dijual kepada penonton. Bagi filem saya ini, memang kena guna cara kreatif memasarkannya kepada penonton,” katanya.

Menggunakan bajet RM1.2 juta untuk menghasilkan filem ini dalam tempoh 22 hari, Gavin berkata, kekangan kewangan menyebabkan dia tidak berupaya melakukan banyak perkara bagi menghasilkan filem itu dengan aspek sinematik lebih besar.

“Kami tidak guna CGI dalam filem ini langsung. Apa yang anda lihat kebanyakannya pergerakan kamera atau trik kamera yang digunakan. Ada cara untuk menghasilkan filem seram dengan bajet sebegini.

“Sebab itu, saya terpaksa ubah skrip filem ini dalam beberapa draf. Kalau ikut draf asal, memang tidak lepas bajet sebanyak RM1.2 juta ini,” katanya.

Geng Kubur yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 25 April ini, membariskan pelakon seperti Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong, Sasidaran dan Nadia Aqilah. – 19 April, 2024

Topics

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

PN’s Kuala Kubu Baharu candidate tight-lipped over loan shark debt allegation

A since deleted post on social media site X had said a PN candidate owed tens of thousands of ringgit to loan sharks

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related