Ayda Jebat selamat lahirkan bayi lelaki

Begitupun Ayda belum mendedahkan bayinya itu dalam media sosial

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat telah selamat melahirkan anak keduanya semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 31,  di Instagram.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi (semalam).

“Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian. 

“Sekarang mommy dan dadda tengah kembali ke dunia zombi,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Walau bagaimanapun, Ayda belum mendedahkan wajah dan nama bayinya.

Sebelum ini Ayda dan suaminya, Nabil Mahir dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ana Nayla yang kini berusia dua tahun. – 13 Disember, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related