◉ HEADLINES

Ayah sepatutnya jalani pembedahan kaki hari ini: Anak

Pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit

12:20 AM MYT

 

TELUK INTAN – Penyanyi legenda Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang tadi, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.

Anak sulungnya, Noraini Muhammad Daud, 58, berkata pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit antaranya jangkitan kuman dalam darah, sakit jantung, kencing manis dan masalah buah pinggang.

“Arwah ayah sudah tidak sedarkan diri sejak pagi semalam dan doktor memang beritahu keadaan kesihatan arwah semakin merosot.

“Arwah ayah dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan sejak Selasa lepas. Sepanjang berada di hospital ada hari dia sedar, ada hari dia tak sedarkan diri tetapi dalam keadaan dia sedar pun kita dah tak boleh faham apa yang dia cakap,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik HTI, di sini hari ini.

Noraini memberitahu kira-kira 4.30 petang tadi keadaan bapanya berada dalam keadaan tercungap-cungap dan ketika itu kesemua ahli keluarga berada di sisi semasa Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 4.46 petang tadi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Noraini berkata jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di HTI sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Datin Rohani Awang Ngah yang masih bersedih enggan ditemu bual media.

Pemergian M Daud Kilau, 85,  disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,” katanya ringkas menerusi ‘Insta Story’ melalui akaun peribadinya.

Penyanyi lagu malar segar “Che Mek Molek” itu sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. – 18 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

◉ Related