HEADLINES

Haziq Rosebi anggap anugerah Silver Play Button YouTube, hadiah  terbesar sepanjang 18 tahun bergelar penyanyi

Haziq juga menyatakan 2023 tahun adalah tuah buat dirinya dan mungkinkah 2024 juga akan seperti itu?

6:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun lebih dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu tradisional dan hanya mempunyai sebuah album studio yang dilancarkan pada 2009, namun banyak pencapaian yang diraih Haziq Rosebi sepanjang 2023.

Terbaharu Haziq teruja apabila dianugerahkan Silver Play Button daripada YouTube atas kejayaan saluran YouTube miliknya, Haziq Rosebi yang telah pun berjaya mencecah lebih 100,000 langganan daripada peminatnya.

“Bagi sesetengah orang, ini biasa saja tapi bagi saya ia adalah satu hadiah terbesar dalam karier seni setelah 18 tahun bergelumang.

“Terima kasih 2023 untuk segala kegembiraan dan kenangan. Tahun yang saya anggap tahun tuah saya dan  adakah mungkin tahun ini akan seperti 2023 lagi?

“Apa-apapun pun bekerjalah selagi berdaya demi nikmat syukur yang Allah kurniakan kepada kita. Henyak sampai lunyai,” kata anak kelahiran Kluang, Johor ini dalam satu hantaran di Instagram.

Memang hebat sungguh pencapaian Haziq pada tahun 2023. Selain banyak mendapat undangan menyanyi di majlis-majlis rasmi kerajaan dan menghiburkan orang-orang istana, Haziq juga turut meraih perhatian apabila mempopularkan lagu viral Lemak Manis ciptaan dan nyanyian asal Roslan Madun.

Bahkan, Haziq juga tampil beraksi dalam beberapa konsert besar termasuk konsert Aina Abdul 2.0 yang diadakan di Axiata, Bukit Jalil serta mendapat undangan membuat persembahan di Siak, Riau.

Tidak cukup dengan itu, Haziq juga turut menjadi pilihan pengarah Amen Khalid iaitu anak Allahyarham Mamat Khalid untuk menjayakan filem 19 Puasa.

Haziq Rosebi antara 27 pemain industri kreatif tanah air yang berjaya menggenggam ijazah selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia 2023 ke-36. – Gambar Instagram Haziq Rosebi, 1 Januari, 2024

Pada masa yang sama, Haziq juga adalah antara 27 pemain industri kreatif hiburan tanah air yang berjaya menggenggam ijazah selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) 2023 ke-36.

Tahniah Haziq! Semoga tahun 2024 akan memberikan lebih banyak sukses lagi buat Haziq. Apapun anugerah yang diterima daripada YouTube itu adalah satu permulaan yang baik buat kerjaya Haziq di di tahun ini – 1 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related