HEADLINES

Isu dadah dan gangguan mental punca Izara Aishah diserang pengikut media sosial X

Izara menyatakan gangguan mental adalah sah jika seseorang tidak mengambil ‘ice’

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gara-gara menyatakan pengambilan dadah tiada kaitan dengan gangguan mental, pelakon Izara Aishah telah diserang netizen di media sosial.

“Sebarang gangguan mental adalah sah apabila anda tidak mengambil ice (sejenis dadah),” kata Izara sambil memuatnaik kenyataan tersebut di akaun X miliknya.

Kenyataan Izara itu telah mendapat respons yang banyak daripada pengikutnya di platform media sosial tersebut.

Malangnya, rata-rata mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Izara itu serta memberikan komen yang bertubi-tubi.

Komen @wantanborneo: “Kamu serius? Dan bagaimana jika gangguan mental itu yang menyebabkan mereka mengambil ice? Adakah anda akan mengatakan ia tidak sah? Seperti bagaimana kecederaan diri datang daripada kemurungan membawa kepada bunuh diri. Adakah anda akan mengatakan kemurungan itu tidak sah?

Komen pemilik akaun @wantanborneo mempertikaikan kenyataan yang dibuat Izara Aishah dalam Instagram. – Gambar Instagram, 12 Januari, 2024

Yang ini pula komen @charmainezchry: “Kenyataan berat sebelah memandangkan ia boleh menjadi satu bentuk ketagihan. Ketagihan adalah ketagihan”.

Sementara @damagedaisy pula memberikan komen: “You tau tak kebanyakan penyakit mental ada tingkah laku yang merosakkan diri sendiri? Dan itu akan membawa kepada penyalahgunaan bahan?

Menyedari dirinya menjadi serangan netizen, Izara tidak berdiam diri. Lantas memuatnaik satu lagi hantaran:

“Budak-budak woke (generasi milenial yang mempunyai tahap kesedaran terhadap isu sosial) ini memanggil saya bodoh memberitahu saya ketagihan juga penyakit mental. Okay sayang. Ketagih kepada ubat-ubatan lain ok, hidup anda pilihan anda tetapi juga jangan menolak bantuan, anda tidak selalu betul dan hanya tolong tolong jangan lakukan meth (metamfetamina) kan? Terima kasih,”.

Malangnya hantaran kedua yang dimuatnaik Izara itu langsung tidak membantu. Bahkan, ada yang menyarankan kepada Izara untuk tidak masuk campur dan menyerahkan isu yang seperti ini kepada pihak yang pakar.

Namun, beberapa pengikutnya seperti cuba mempertahankan apa yang Izara suarakan itu. Misalnya, komen yang diberikan @Sgarliy:

“Apa yang mereka katakan penyakit mental boleh menyebabkan ketagihan kerana ia adalah salah satu mekanisme penangguhan, ada betulnya. Dan saya juga setuju dengan pandangan Izara kerana tak semua yang ‘high’ itu adalah disebabkan penyakit mental. Kita tidak patut menormalisasikan inilah, nanti bila sakit sikit pun….”

Untuk hantaran ketiga yang ditujukan buat seorang pengikut X @khads, Izara menyatakan: “Ia bukan penyakit mental apabila anda ‘high’. Itu sahaja, itu keseluruhan tweet”.

Hantaran ketiga ini membuatkan netizen semakin marah dan menggelarkannya sebagai sombong. Bahkan, ramai yang menyarankan Izara untuk membaca pelbagai artikel mengenai kajian isu penyakit mental atau buku perubatan psikiatri.

Tidak kurang juga yang menyertakan hantaran daripada beberapa doktor pakar berkaitan penyakit gangguan mental serta pautan artikel mengenai gangguan penggunaan peransang.

Walaupun Izara memuatnaik hantaran yang pertama ini secara umum, namun segelintir pengikut X percaya ia sebenarnya berkait dengan Fathia Latiff. – 12 Januari, 2023

Topics

 

Popular

FAM’s ‘personal capacity’ defence is an insult to Malaysian football’s intelligence — Sandru Narayanan

By doubling down on the excuse that a suspended official was attending a FIFA event “in a personal capacity,” the Football Association of Malaysia has once again proven that it still doesn’t understand how accountability or optics actually work

Sea Games setback: Zafrul calls for shared responsibility, not blame game

Malaysia fell short of its four-gold target at the 2025 SEA Games in Thailand, but BAM President Tengku Zafrul Abdul Aziz emphasises that the setback is a shared responsibility, not an individual failure, adding that the national squad still showed progress with nine medals, including a landmark women’s singles podium finish

Malaysia Airlines Airbus A380: a sad tale of huge proportions – Kamil Abu Bakar 

With the flying dugong headed for the scrapyard, a veteran aviation expert discusses the viability of the world's largest passenger plane 

Related