HEADLINES

Bawa watak hero buat pertama kali dalam filem Dajjal, Amir Nafis akui tertekan

Amir perlu mengikis sikap pendiam dan pemalunya jika ingin terus melebarkan kerjaya seni dalam bidang lakonan

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas tujuh tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, akhirnya Amir Nafis diberi peluang dan kepercayaan memegang watak ‘hero’ dalam filem Dajjal: Satu Malam Di PeDajjal arahan Pierre Andre.

Ketika ditemu bual Scoop, Amir berkata, biarpun teruja dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan itu, namun ia juga merupakan satu tekanan buat dirinya.

“Tekanan yang saya maksudnya adalah dari sudut yang baik kerana memegang watak sebagai hero filem adalah satu tanggungjawab yang besar.

“Secara tidak langsung, ia membuatkan saya lebih berusaha untuk memahami industri ini serta lebih bertanggungjawab terhadap kerjaya dan kehidupan peribadi saya.

“Kalau cakap saya tak takut atau tidak gelisah, tipulah kerana saya ada memiliki rasa yang sebegitu. Tapi, saya cuba untuk menanganinya dan sudah sedia menjadi hero filem. Cuma saya tidak tahu apakah kehidupan yang bakal saya lalui selepas ini (selepas bergelar hero filem),” kata.

Pelakon baharu yang disifatkan mempunyai peluang dan masa depan yang cerah di persada filem tanah air ini juga mengakui, dia perlu mengikis sikap pendiam dan pemalunya jika ingin terus melebarkan kerjaya seni dalam bidang lakonan.

“Memang saya punyai kekurangan dari susut skil sosial. Itu saya akui. Tapi bermula tahun ini, saya sudah nekad untuk mengubah sikap dan membuang sifat malu itu serta perluaskan lagi jaringan sosial dengan mengenali orang baharu.

“Mungkin ada yang akan menganggap sikap saya itu nanti pelik kerana tiba-tiba mahu berkawan atau bercampur dengan orang. Tapi setidak-tidaknya saya mencuba, berusaha dan belajar untuk bersosial demi kebaikan diri dan kerjaya seni saya,” katanya.

Amir yang sebelum ini berjaya menonjolkan lakonan yang cemerlang dalam filem Talbis Iblis dan Sheriff: Narko Intergriti mengakui sebelum mendapat tawaran membintangi Dajjal: Satu Malam Di PeDajjal, dia banyak mengikuti kisah-kisah dokumentari  penyiasatan jenayah dari negara luar.

“Salah satunya adalah mengenai kerjaya post trauma cleaner untuk melihat dan memahami bagaimana mereka melakukan tugas membersihkan tempat mayat yang sudah busuk atau berkulat.

“Sebulan selepas itu, saya mendapat watak ini dalam Dajjal: Satu Malam Di PeDajjal. Mungkin kerana saya sering memikirkannya, akhinya watak ini menjelma buat saya,” katanya.

Namun ketika itu kata Amir, dia tertanya-tanya adakah wataknya sebagai Amirul di dalam filem ini akan menjadi kurang ajar seperti Inspektor Farouk dalam Sherriff dan Arshad dalam Talbis Iblis.

“Tapi Pierre yang mengarah filem ini memberitahu bahawa watak Amirul yang saya bawakan ini adalah seorang yang tenang dan dia meminta saya bawa watak macam Cico Harahap yang tenang, bercakap lembut dan sentiasa logik,” katanya. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Related