Khai Bahar maafkan individu fitnah dia berseronok dengan kawan songsang

Menurut Khai dia tidak dapat menahan diri dari meluahkan rasa marah terhadap individu tersebut

12:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi popular, Khai Bahar, memaafkan individu yang mendakwanya berseronok dengan rakan lelaki songsang di Langkawi ketika ibunya, Rosnah Muhammad, 62, sedang sakit sebelum meninggal dunia pada 2 Januari lalu.

Biarpun berang dengan dengan tuduhan liar dilemparkan itu, Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 30, enggan memanjangkan isu berkenaan, selain menganggap ia juga sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

“Saya maafkan orang yang buat cerita itu. Kalau betul saya iyakan. Saya keluar dengan kawan dan orang terdekat. Saya berkawan dengan semua orang dan saya tak memilih.

“Tapi, bila ada yang pertikaikan dan cakap saya keluar bercuti dengan orang sedemikian, kenapa tak muat naik gambar sekali.

“Ada juga yang cakap itu teguran untuk saya sebab mak tengah sakit, tapi saya di langkawi. Saya pun tak jangka perkara ini dan begitu juga adik-beradik lain. Kami tak sempat hendak tengok mak buat kali terakhir.

“Jadi dengan perkara ini mungkin saya dapat perbaiki salah silap, walaupun tah tahu apa sebenarnya yang individu berkenaan mahukan,” katanya ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023.

Tambah Khai lagi tidak sepatutnya timbul dakwaan sedemikian kerana dia lebih mengenali rakan-rakan yang bercuti bersamanya pada ketika itu.

“Perkara ini mudah sahaja, saya bercuti di Langkawi dengan empat kawan baik yang memang kami sudah kenal dari dulu. Mereka juga kawan saya di kampung, kalau pergi mana-mana memang dengan mereka.

“Tapi bila individu ini cakap perkara tak betul, sebab itu saya marah. Kalau hendak cakap kena ada bukti. Apa yang membuatkan saya hilang sabar kerana ia membabitkan mak saya.

“Saya tak ambil tindakan undang-undang, Cukuplah saya maafkan dan bersuara. Cukup setakat itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keadaannya selepas pemergian ibu, kata Khai dia masih perlukan masa untuk mengembalikan semula semangatnya.

“Alhamdulillah saya makin baik sebenarnya, masih lagi sedih. Bukan tak terima tapi perlu bagi masa. Semua orang mengalami perkara ini. Saya kena ambil masa untuk dapatkam semangat. Saya masih kerja dan jalankan tugas.

“Saya banyak duduk dengan kawan-kawan kerana mereka yang banyak bagi sokongan dan membantu. Kalau seorang diri, saya banyak berfikir,” katanya.
Ibu Khai telah meninggal dunia pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pada jam 10.40 malam. – 18 Januari, 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Related