◉ HEADLINES

Ikon fesyen, Jiman Casablancas meninggal dunia

Kematiannya berpunca daripada kegagalan jantung

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hari ini seluruh industri fesyen tanah air berduka cita selepas salah seorang ikon fesyen negara iaitu Jiman Casablancas atau nama sebenarnya Mohd Nizam Khamis disahkan meninggal dunia semalam.

Berita mengenai kematian Jiman dikongsikan teman rapat serta kenalan industri di media sosial.

Menerusi perkongsian rakan media, difahamkan arwah terjatuh di rumahnya beberapa hari lalu dan mengalami kecederaan di bahagian kepalanya.

Rakan arwah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dibawa untuk tinggal bersama.

Pada Sabtu lalu, Jiman dibawa ke hospital untuk diperiksa keadaannya dan dia berada dalam keadaan stabil.

Namun arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Ahad. Kematian arwah dikatakan berpunca daripada kegagalan jantung.

Semasa hayatnya, Jiman merupakan antara individu yang sangat berpengaruh dalam industri fesyen tanah air. Beliau terkenal dengan imej ranggi punk.

Beliau sering menghadiri acara fesyen terkemuka negara selain dipilih untuk berjalan di pertunjukan fesyen beberapa pereka fesyen terkenal tanah air antaranya Syomir Izwa dan Behati.

Jiman juga merupakan penata gaya kegemaran penyanyi rock terkenal, Datuk Amy Search.

Baru-baru ini beliau juga dipilih untuk menjadi model bagi kempen pereka fesyen yang berpangkalan di London iaitu Luudan. – 29 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

◉ Related