‘Tiba-tiba bila usia mencecah 60 tahun, saya dapat banyak tawaran watak bagus’: Susan Lankester

Susan juga berharap penulis skrip akan banyak menulis skrip mengenai wanita

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pernah melakukan kerja-kerja di belakang tabir untuk tempoh yang agak lama, namun kebelakangan ini, kita sudah mula lihat pelakon Susan Lankester, 62, kembali aktif berlakon sama ada dalam drama bersiri mahupun filem.

Sewaktu diwawancara Scoop, Susan mengakui bahawa tawaran yang diterima untuk membawakan watak menarik dan mencabar adalah penyebab utama mengapa dia tergerak hati untuk berlakon semula.

“Secara tiba-tiba apabila usia saya mencecah 60 tahun, sejak dua tahun lalu, watak seperti ini mula datang.

“Saya sendiri rasa pelik dan semua watak ini sangat bagus. Keluarga Baha Don meraih pencapaian yang baik. Ia dihasilkan sebanyak tiga musim dan diterima dengan begitu baik sekali di platform Viu.

“Saya juga memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) di Singapura pada 2021. Ia satu pengiktirafan di rantau Asia Pasifik.

“Dan itu menjadi pencetus. Tawaran lain mula datang. Sama ada bagi watak pelakon undangan, watak utama ataupun yang lain-lain. Ia sangat hebat,” katanya.

Kata Susan, apabila mendapat peluang untuk membawakan watak bagus dan mencabar, dia perlu melakukannya bersungguh-sungguh bagi menunjukkan kepada industri ada ramai lagi wanita matang yang berkemampuan membawakan watak hebat. – Gambar PR, 2 Februari, 2024

Pada masa sama, jelas Susan lagi, ia membuktikan bahawa pelakon wanita juga berpeluang membawakan watak penting dan bermakna.

“Sebab, ramai orang berpandangan, jangka hayat seseorang pelakon wanita atau aktres akan mati apabila usia mula mencecah lewat 40-an.

“Anda hanya akan diberikan peranan untuk membawakan watak ibu, nenek atau ibu saudara yang tidak mempunyai makna atau sebarang latar belakang.

“Apabila saya mendapat peluang untuk membawakan watak yang bagus dan mencabar ini, saya perlu melakukannya bersungguh-sungguh dan menunjukkan kepada industri bahawa ada ramai lagi wanita matang di dalam industri ini yang berkemampuan membawakan watak yang bagus.

“Penulis skrip kita, come on… tulislah untuk wanita. Kita mempunyai cerita untuk disampaikan,” katanya sewaktu ditemui di Tayangan Gala Perdana filem Rain Town.

Susan juga berpendapat ‘pandemik’ adalah penyebab utama mengapa penonton sekarang mempunyai permintaan untuk menonton kandungan drama atau filem yang berbeza dari sudut pembikinan dan penceritaan.

Susan Lankester bersama barisan pelakon drama Keluarga Don Baha. – Gambar media sosial, 2 Februari, 2024

“Selama dua tahun lebih kita berdepan dengan pandemik, kita hanya duduk di rumah dan menonton apa sahaja kandungan dan ia tidak lagi tertumpu kepada kandungan telefilem dan drama yang tipikal.

“Kerana mereka juga menonton kandungan di OTT platform seperti Netflix, Prime and HBO. Ia membuatkan mereka menyedari bahawa ada antara cerita ini yang mampu menyentuh jiwa mereka.

“Saya kira, penulis skrip juga menyedari hal ini dan mereka juga perlu ambil peluang untuk menghasilkan cerita berbeza dan stesen televisyen juga sudah mula mengubah format.

“Tetapi, saya rasa kita juga perlu untuk melakukan sesuatu yang besar untuk layar lebar, jika tidak sinema kita akan mati.

“Apapun, saya gembira apabila mendapat tahu bahawa terdapat perubahan organik yang baik berlaku dalam sinema kita.

“Sewaktu saya berbual dengan pengedar, mereka mengatakan jenis filem blockbuster norma, hantu momok atau komedi bodoh, minat penonton semakin kurang,” katanya. – 2 Januari, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related