◉ HEADLINES

‘Nanti kami akan buat sidang media’, ini jawapan bos besar Media Prima Radio mengenai Tyzo Xander

Nazri sudah pun mengadakan pertemuan dengan Tyzo bersama orang kuat Hot FM dan bos besar NSTP

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejak khidmatnya sebagai penyampai radio Suria FM ditamatkan berkuat kuasa 12 Januari lalu, rezeki Tyzo Xander nampaknya tidak pernah putus-putus.

Selain mendapat tawaran menjadi hos acara, Tyzo juga dihujani dengan pelbagai tawaran untuk menjayakan iklan produk makanan, makanan kesihatan serta rawatan Aligner.

Bahkan, dia mendapat pelbagai sokongan daripada rakan penyampai radio daripada stesen radio berbeza, sama ada RTM, IKIM, Media Prima serta lain.

Tyzo Xander dan Nazri Noran (kanan). – Gambar Instagram Nazri Noran, 3 Februari, 2024

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendapat kata-kata semangat daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Terbaharu, Tyzo dilihat hadir dalam satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Esekutif Media Prima Audio, Nazri Noran dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Pertemuan itu dikongsi Nazri menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram miliknya.

“Terserempak katanya. Nak check siapa nampak lagi muda. Beza setahun je. Salam kenalan bro Tyzo Xander,” tulisnya.

Sudah tentulah apa ditulis Nazri itu hanyalah sekadar satu gurauan kerana kalau terserempak, takkanlah mereka boleh duduk minum-minum dan tak mungkin juga pertemuan itu turut dihadiri orang kuat Hot FM dan bos besar NSTP.

Sebelum ini, Scoop pernah menghubungi Nazri bertanya sama ada Hot FM mempunyai ura-ura untuk mengambil Tyzo sebagai penyampai radio mereka.

Pertanyaan itu timbul selepas melihat hantaran daripada Hot FM yang bertanya pengikutnya, sama ada mereka setuju atau tidak jika Tyzo menyertai stesen radio terbabit.

Jawab Nazri: “Nanti kami akan buat sidang media”.

Maknanya, adalah tu. Namun Nazri enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu. Kita tunggu sahajalah pengumuman yang dibuat pihak Media Prima Audio, iaitu sebuah entiti yang menguruskan semua stesen radio di bawah syarikat Medua Prima. – 3 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related