HEADLINES

Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia

Dilihat tepat pada masa serta seiring dengan pelancaran album kelimanya ‘Y5’, Yuna bersedia bertemu peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan karier seninya

10:56 PM MYT

 

KUCHING – Pemilihan bandar raya Kuching sebagai pentas ‘Yuna Asia Tour’ adalah langkah berani dan tepat bagi Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna, terus melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia khususnya di wilayah Borneo. 

Melawan ‘arus’ dengan tidak memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert besar itu, penganjur RK LiveAsia dan Icon Entertainment yakin jelajah berlangsung pada 27 Oktober di Hikmah Exchange, di sini akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej dan ‘kuasa’ Yuna yang tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan. 

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan hebat daripada beliau,” menurut penganjur konsert dalam kenyataan hari ini. 

Selain Kuching, konsert jelajah berkenaan turut diadakan di Tokyo, Jepun pada 16 Oktober dan Singapura pada 18 Oktober ini.

‘Yuna Asia Tour’ di Kuching bakal mencipta detik indah tersendiri antara Yuna dan peminat yang merindukan penampilan beliau di pentas tanah air sekali gus, mempamerkan kredibiliti seninya.

Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam industri muzik, hasil yang dituai anak kelahiran Kedah itu ternyata cukup manis dengan kolaborasi lagu bersama beberapa figura tersohor seperti Usher dan Jay Park.

Dilihat tepat pada masa serta seiring dengan pelancaran album kelimanya ‘Y5’, Yuna bersedia bertemu peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace hingga ‘dipinang’ komposer terkemuka antarabangsa David Foster untuk bernaung di bawah Verve Music Group.

Bintang berusia 37 tahun itu tidak akan menghampakan penonton di pentas Hikmah Exchange apabila bakal mendendangkan ‘buah tangan’ hitnya, sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu seperti Hello’, ‘Lullabies’, ‘Dan Sebenarnya’ dan single terbaharunya, ‘Masih Sunyi’.

Pembelian tiket bermula 2 Oktober lepas dengan harga bermula RM250. Maklumat lanjut mengenai ‘Yuna Asia Tour’, boleh melayari https://www.ticket2u.com.my/event/32887 – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related