HEADLINES

‘Nak korek hidung tapi terlupa jari dah tak ada’, Shahronizam belum terfikir mohon kad OKU

Pelakon Shahronizam kehilangan jari kelingkingnya selepas terpotong ketika memotong ayam tahun lalu

7:55 PM MYT

 

PETALING JAYA – Biarpun mengalami kecacatan selepas terpotong jari kelingkingnya sehingga terputus, aktor berbakat besar, Shahronizam tidak merasa dirinya serba kekurangan.

Malah kata aktor berusia 51 tahun itu, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

“Bila sudah jadi begini, ramai rakan-rakan yang suruh saya buat permohonan untuk mendapatkan kad OKU (Orang Kurang Upaya) agar memudahkan urusan seperti tempat letak kereta dan sebagainya.

“Tetapi saya belum terfikir untuk memohon lagi,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Waruga:Kutukan Ilmu Hitam.

Ditanya bagaimana dia menjalani kehidupan sehariannya, dengan nada bergurau Shahronizam berkata, kini dia agak susah untuk mengorek hidung.

“Kadang-kadang saya terlupa bahawa jari saya sudah tidak ada. Saya pernah cuba untuk korek hidung tetapi baru tersedar jari saya sudah tidak ada,” katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, kata pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu, kekurangan tersebut tidak menghalang dirinya daripada terus mendapat tawaran berlakon.

“Saya baru habis penggambaran drama 50 episod berjudul Malang Si Puteri. Dalam drama terbitan Radius One ini saya membawakan watak antagonis.

“Saya pasti ramai yang akan ‘sayang’ saya dengan watak ini,” katanya.

Selain drama, suami kepada penyanyi dan pelakon Safura Yaacob itu juga bakal muncul dengan filem seram berdujul Waruga: Kutukan Ilmu Hitam yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 15 Februari 2024.

Dalam filem tersebut, dia membawakan watak sebagai pengamal ilmu hitam. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related