◉ HEADLINES

Kalau tak pakai pelindung keselamatan, mungkin lutut saya pecah atau koyak: Tony Eusoff

Tony Eusoff bercerita mengenai kemalangan melibatkannya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di laluan Nilai-Dengkil

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — “Kalau saya tidak pakai pelindung lutut, mungkin tempurung lutut saya koyak atau pecah”.

Demikian kata pelakon, Tony Eusoff kepada Scoop, menceritakan mengenai kejadian kemalangan melibatkannya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di laluan Nilai-Dengkil baru-baru ini.

Katanya, kemalangan berlaku disebabkan kesilapan seorang pengguna jalan raya yang tiba-tiba sahaja membelok ke kiri, menyebabkan dia terpaksa mengelak dan terjatuh.

“Waktu itu, saya baru sahaja mengambil motosikal selepas menghantar servis. Bila ada kawan yang ajak ride ke Nilai, saya pun ikutlah.

“Dalam perjalanan pulang melalui laluan Nilai-Dengkil, tidak sangka pula terlibat kemalangan.

“Kalau saya tidak pakai pelindung lutut, saya rasa memang tempurung lutut saya akan koyak, pecah dan terkeluar. Sebab, kemalangan itu betul-betul teruk,” katanya sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Geng Kubur.

Jelas Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 46, dia bersyukur kerana setiap kali menunggang motosikal, dia pasti akan mengenakan pelindung keselamatan yang lengkap.

“Saya harap mereka yang nak menunggang motosikal, tolonglah pastikan anda jaga keselamatan diri. Pakailah pelindung keselamatan kerana anda tidak tahu bila masa kemalangan akan berlaku,” katanya.

Tony yang masih memegang gelaran ‘the most eligible bachelor’ menjelaskan, jika dia tidak memakai pelindung keselamatan, tidak mungkin dia berpeluang hadir di acara tayangan perdana filem Geng Kubur tersebut.

Dia juga adalah antara pelakon yang membintangi filem Harimau Malaya The Untold Journey (HMTUJ) arahan Datuk Afldin Shauki.

Filem yang mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bakal menjalani penggambaran pada 22 Oktober ini.

Ia turut dibintangi Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Sophia Albarakbah, Namron, Kevin Jay dan ramai lagi. – 19 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related