HEADLINES

Nabila Razali akui jika tidak kerana The Masked Singer Musim 4, dia mungkin masih berada di takuk sama

Nabila juga akui hatinya kini sudah mula terbuka membawakan lagu yang benar-benar mencabar kemampuan vokalnya atau bergenre dance pula selepas ini

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Nabila Razali mengakui hatinya kini sudah mula terbuka untuk mencuba sesuatu yang baharu, iaitu dengan membawakan lagu benar-benar mencabar kemampuan vokalnya atau bergenre dance pula selepas ini.

Bahkan kata Nabila, sejak menyertai The Masked Singer Musim Keempat, dia sudah mula menyedari kemampuan dirinya dalam membawakan genre muzik lagu berbeza yang selama ini tidak pernah cuba dilakukannya.

“Kali ini Bella dapat menari tergedik-gedik yang Bella tak pernah buat sebelum ini. Sebab orang selalu ingat Bella ni sweet girl. Jadi, dalam program ini, saya dapat meneroka sisi lain dalam diri saya yang saya harap akan dapat bantu kembangkan kerjaya saya dalam nyanyian.

“Sebelum ini, Bella tak banyak peluang mempamerkan apa yang Bella boleh buat. Tapi, bila dah ada peluang, Bella rasa segan pula. Namun, Bella kena bagi kredit kepada cikgu vokal Bella, iaitu Syafiq Erwin sebab dia yang membentuk Bella menjadi lebih baik dan baik lagi.

“Tidaklah Bella kata Bella dah bagus. Ada banyak lagi yang Bella perlu belajar. Tapi, bila kita masuk dalam sesuatu pertandingan berbentuk nyanyian, kita kena fokus juga dengan keupayaan kita,” katanya.

Nabila juga menganggap program realiti, The Masked Singer Musim Keempat ibarat seperti sebuah dunia baru kerana ia membuka ruang dan peluang untuk dia keluar dari zon selesanya, seterusnya meneroka kemampuan dirinya dari sudut aspek nyanyian.

“Menjadi Nabila Razali sangatlah sukar kerana peminat-peminat selalunya akan dapat meneka vokal atau cara nyanyian Bella yang cukup tipikal.

“Jadi setiap minggu memang menjadi satu cabaran buat Bella untuk yakinkan mereka bahawa saya boleh lakukan sesuatu yang berbeza.

“Memandangkan tiada siapa yang tahu saya di sebalik maskot atau topeng Teratai, jadi ia sedikit-sebanyak menberikan keberanian untuk Bella beraksi secara bebas dan lepas.

“Yalah orang bukan tahu pun siapa kita, kan. Sebab itu, siapa yang ikuti setiap episod program ini dapat lihat bahawa di minggu pertama saya bagi karakter Britney Spears, ada juga kita bagi elemen muzikal dan teaterikal. Bila dah masuk beberapa minggu, kita fokus dengan vokal pula,” katanya.

Jelas Nabila, apa dilakukannya itu bukanlah suatu strategi untuknya meraih kemenangan di dalam program terbabit.

“Tapi, ia sekadar untuk mencabar dan menguji kemampuan diri. Sebab itulah saya kata program ini ibarat dunia baharu buat saya dalam aspek nyanyian.

“Kalau tak saya masih akan berada di takuk sama dan saya masih lagi membawakan genre muzik lagu yang sama.

“Saya gembira dengan pemilihan lagu yang saya bawakan setiap minggu, termasuk lagu Damelo dan It’s All Coming Back To Me Now yang saya persembahkan pada malam final lalu ,” katanya. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Popular

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related