Hun Haqeem terkejut tindakan David Teo dedah kes saman

Hun Haqeem yang dikenali menerusi drama bersiri Kampung People berkata ini berikutan kes itu masih berjalan di mahkamah

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Hun Haqeem, 26, mengakui terkejut dengan tindakan bekas pihak pengurusannya, David Teo, mendedahkan kepada umum mengenai kes saman pelanggaran kontrak yang berlaku sejak 2020.

Hun Haqeem yang dikenali menerusi drama bersiri Kampung People berkata ini berikutan kes itu masih berjalan di mahkamah.

“Saya terkejut sebab kes ini sudah berjalan sejak saya keluar Metrowealth International Group (MIG) pada 2020. Semasa pusingan pertama, ia memihak kepada saya dan ketika itu saya juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Kini, apabila ia tiba-tiba keluar, saya jadi tertanya-tanya kenapa ia muncul semula?” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2024, di sini, hari ini.

Mengakui terkilan, pemilik nama penuh Haqeem Hermy itu bagaimanapun berharap agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik. 

“Saya terkilan sebab saya cuma nak mengharumkan nama industri sebab ada banyak potensi. Kita ada banyak platform dan sebagainya…boleh bantu naikkan satu sama lain.

“… lagipun, industri ini kecil sahaja dan saya percaya kami akan selalu berjumpa, jadi saya nak selesaikannya dengan baik, saya turut apa sahaja perintah mahkamah walaupun jadual saya agak sibuk,” katanya.

Sebelum ini, pemilik syarikat produksi MIG David Teo mendedahkan Hun Haqeem diperintahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM613,950 kepada MIG selepas menarik diri daripada terus bernaung di bawah syarikat penerbitan itu.

Dalam pada itu, Hun Haqeem yang dilantik sebagai Duta Kempen Ramadan dan Raya Astro 2024, bakal meraikan anak-anak yatim dan komuniti setempat di beberapa negeri terpilih menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi menyampaikan mesej positif.

Selain beliau, artis lain yang dilantik sebagai duta kempen itu ialah Jalaluddin Hassan, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra. – 1 Mac, 2024

Topics

Popular

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related