HEADLINES

Bangga dengan bakat nyanyian luar biasa Umairah, Siti Nurhaliza harap anak saudaranya itu tidak abaikan pelajaran

Kata Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umairah kini sedang sedang belajar di sekolah khas muzik

9:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Penyanyi yang juga usahawan produk, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui anak saudaranya, Ummi Umairah memiliki bakat yang cukup besar dan luar biasa dalam bidang nyanyian.

Ummi yang dilebih mesra disapa sebagai Umai adalah anak sulung kepada Siti Saerah, iaitu adik Siti.

Namun menurut Siti, perjalanan Umai masih panjang dan dia perlu banyak belajar jika ingin menjadi penyanyi yang bagus suatu masa nanti.

“Saya tengok Umai mempunyai bakat yang luar biasa namun dia perlu melalui pengalaman mengadakan persembahan dari yang kecil sampai besar serta perlu menyertai pertandingan.

“Dari situ barulah dia dapat melihat dan menilai bakatnya dalam peringkat tertentu.

“Alhamdulillah sebagai ibu saudaranya, saya bangga dengan Umai. Dia banyak belajar, rajin dan memang suka menyanyi termasuk dalam kumpulan Whatsapp keluarga,” katanya kepada Scoop.

Menurut Siti lagi, Umai juga tidak segan silu untuk menyanyi di majlis-majlis di kampung dengan membawakan pelbagai jenis lagu.

“Kadang-kadang, budak-budak nak belajar lagu-lagu yang terkini sahaja tetapi Umai minat untuk belajar lagu tradisional atau lagu lama, bahkan belajar pelbagai jenis genre lagu. Bagi, saya dia kena teruskan cara itu,” katanya.

Siti juga menafikan bahawa keluarganya terutama Siti Saerah memaksa anaknya itu menyanyi sebaliknya ia adalah minat Umai sendiri.

“Tidak ada siapa yang paksa Umai. Masa saya kecil dulu pun, macam itulah Mak Salmah (ibu Siti) tegur saya. Katanya, kamu menyanyi tak betul. Kena nyanyi macam ini dan cara begini. Sebenarnya, ia bukanlah suatu paksaan tetapi cara begitu dilakukan untuk mengajar,” katanya.

Biarpun merestui minat Umai dalam bidang nyanyian, namun pada masa sama Siti berharap agar anak saudaranya itu tidak akan mengabaikan pelajaran.

“Sebab dia juga adalah pelajar yang baik, bagus dan bijak. Alhamdulillah, dia sekarang belajar di sekolah khas muzik. Dah betullah, cara dia tu.

“Sebab di sekolah itu, dia belajar muzik dan belajar tentang persembahan. Saya dulu pun tak dapat masuk sekolah macam tu.

“Jadi, dia kena habiskan belajar dulu. Kalau ada rezeki untuk masuk dalam bidang nyanyian suatu hari nanti, ia takkan ke mana. Tapi, dia kena rajinlah dan jangan cepat besar diri,” katanya. – 6 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related