Ramadan peluang Aina Abdul reset minda, ‘saya nak habiskan masa memasak di rumah, solat tarawih’

Aina turut menasihati anak muda supaya tidak cepat patah semangat dengan komen negatif

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga komposer, Aina Abdul berazam menggunakan bulan Ramadan dengan menghabiskan lebih banyak masa di rumah serta melakukan ibadah tarawih.

Malah, Aina memberitahu Scoop, dia juga mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk berhubung dengan dirinya secara spiritual dan reset semula mindanya dengan memikirkan perkara ingin dilakukan pada masa hadapan.

“Tahun ini, puasa saya ringkas sahaja. Saya mahu lebihkan lagi memasak sebab dapur saya dah lama tak berasap dan dah kena beli gas baharu.

“Saya juga mahu habiskan lebih banyak masa di rumah sebab rumah saya sebelum ini, dah jadi macam rumah persinggahan. Kadang-kadang saya datang balik, waktu malam. Pagi dah gerak dah.

“Jadi Ramadan ini, saya nak buat banyak aktiviti di rumah, berhubung dengan diri saya secara spiritual serta meningkatkan lagi aktiviti terawih saya,” katanya.

Aina turut berkongsi nasihat kepada anak muda agar tidak mudah patah semangat ketika sedang bersedih atau kecewa.

“Untuk anak-anak muda terutama di era media sosial, kalau kita terbaca satu atau dua komen yang negatif serta mampu memberikan kesan kepada hari kita, percayalah akan ada sembilan komen baik yang ada di belakang kita.

“Ingat yang baik-baik. Setiap kali anda rasa kurang bersemangat, fikirkan momen yang membuatkan semangat anda naik. Bila anda rasa ‘down’, fikirkan mengenai kemenangan masa depan. Sebab, Allah SWT tidak akan letak kita dalam posisi gagal selama-lamanya.

“Kalau rasa gagal, fikirkan kemenangan anda. Walaupun kemenangan belum ada, tapi percayalah kepada proses tersebut sebab kemenangan akan ada,” katanya.

Aina juga memberitahu bahawa dia sangat gembira dengan apa yang berlaku di anugerah Juara Lagu ke-38 baru-baru ini.

“Rezeki berpihak kepada lagu Jangan Mati Rasa Itu. Saya telah melakukan salah satu kerja yang terbaik terutama dari sudut visual untuk lagu itu. Terima kasih kepada pasukan visual saya kerana berjaya merealisasikan impian saya,” katanya. – 13 Mac, 2024

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related