Tunai umrah pada 10 Ramadan terakhir, Rosyam Nor sifatkan ia sebagai ibadah cukup istimewa

Rosyam Nor juga baru sahaja membuka cawangan terbaharu dan keenam, ST Rosyam Mart di Semenyih

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produser dan pelakon bergelar usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, dia seorang yang kurang gemar memuat naik sebarang hantaran berbentuk peribadi termasuk hal yang melibatkan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Bercakap kepada Scoop, Rosyam secara peribadi berpendapat, hal-hal berkaitan dengan ibadah, tidak perlu dan tidak seharusnya dikongsi kepada umum kerana ia berkaitan dengan hubungan spiritual seseorang individu dengan Allah.

Rosyam bersyukur kerana banyak kali diizinkan Allah SWT untuk mengerjakan umrah terutama pada setiap bulan Ramadan. – Gambar Astro, 28 Mac, 2024

“Lagipun anda sendiri tahu yang saya ini memang tidak pernah muat naik hal-hal berkaitan dengan kehidupan peribadi.

“Kalau kerjaya seni atau bisnes, saya akan kongsikan kecuali sejak saya jadi duta kepada syarikat travel umrah Ikhlasdotcom iaitu anak syarikat kepada AirAsia. Kalau semua orang nampak, saya ada muat naik aktiviti membawa jemaah seramai 37 orang untuk menunaikan umrah pada Januari lalu.

“Insya-Allah, pada hujung tahun ini saya akan bawa 365 orang, satu kapal terbang. Sebab, kita tawarkan pakej umrah paling murah iaitu sebanyak RM4,999 seorang,” katanya yang sudah terbang ke Makkah untuk menunaikan umrah semalam.

Rosyam bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kerana telah banyak kali diizinkan Allah SWT untuk mengerjakan umrah terutama pada setiap bulan Ramadan.

“Tiada apa yang saya harapkan saat menunaikan ibadah umrah pada bukan Ramadan tahun ini kecuali Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa serta berikan saya kesihatan yang baik.

“Menariknya, saya pergi buat umrah di 10 Ramadan terakhir dan dijangka pulang pada awal pagi raya,” katanya yang ditemui sehari sebelum pemergiannya ke Makkah sempema pembukaan cawangan baharu keenam ST Rosyam Mart di Semenyih.

Bercakap mengenai pembukaan cawangan terbaharu tersebut, Rosyam berkata, pihaknya mempunyai impian yang besar untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan mereka ke tempat-tempat lain seperti yang diminta pelanggan.

“Selepas Semenyih, kita bercadang untuk membuka rangkaian pasar raya ST Rosyam Mart di beberapa tempat lagi iaitu di Senawang, Banting, Rawang, Melaka dan Putrajaya. Kita cuba penuhi impian anda semua.

“Kita juga mahu membantu masyarakat dengan menjual produk dan barangan pada harga murah atau harga borong. Sebab itulah, kita ambil keuntungan paling sedikit tapi kita jual pada volume yang besar,” katanya.

Sempena pembukaan cawangan baharu itu juga, Rosyam berkata, mereka turut mengadakan pesta pembukaan bermula 26 sehingga 31 Mac ini dalam tempoh 24 jam dengan menawarkan pelbagai promosi pada harga serendah 8 sen kepada semua pelanggan.

Justeru, untuk menikmati ganjaran dan promosi ditawarkan, pelanggan terlebih dahulu harus mendaftar bagi mendapatkan ST Card, kemudian barulah layak menebus diskaun yang ada. – 28 Mac, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Mufti slams calls for ‘overboard’ boycott of non-Muslim businesses after ‘Allah’-printed socks debacle

Calls for non-Muslim businesses to be boycotted in the aftermath of the fiasco surrounding convenience store chain KK Mart’s sale of socks printed with the word “Allah” is “overboard and against Islamic teachings”. 

Related