HEADLINES

Kejayaan juarai carta lagu di Indonesia satu permulaan untuk lebar sayap ke sana, kata Ernie

Sejak beberapa dekad lalu, sukar bagi penyanyi Malaysia menembusi industri hiburan di Indonesia kerana polisi negara itu yang menutup pintu kepada artis luar

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejayaan lagu duet Ernie Zakri bersama penyanyi dari sebuah kumpulan di Indonesia, Ade, menjuarai carta lagu di negara berkenaan merupakan sesuatu yang membanggakan.

Ini kerana sejak beberapa dekad lalu, sukar bagi penyanyi Malaysia menembusi industri hiburan di Indonesia kerana polisi negara itu yang menutup pintu kepada artis luar.

Kalau ada pun adalah artis Malaysia yang mencetuskan fenomena seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Search, Slam, Exists, Iklim dan kumpulan U.K’s.

Ernie berkata syarikat rakamannya turut membuat perancangan bagi mengukuhkan kedudukan di Indonesia. – Gambar Instagram Ernie Zakri, 23 April, 2024

Namun kejayaan Ernie dengan penyanyi kumpulan Govinda berjudul Hal Hebat menduduki tangga teratas carta stesen radio GEN98.7 FM Jakarta selain pencalonan sebanyak tiga kategori pada anugerah berprestij, SCTV Music Awards anjuran sebuah stesen televisyen di Indonesia wajar diberi pujian.

Ernie ketika ditemui menganggap dirinya beruntung kerana mendapat bantuan daripada syarikat rakamannya, Universal Music Malaysia (UUM) untuk melebarkan sayap ke luar negara.

“Saya bertuah kerana mendapat karya lagu yang baik seperti Masing-Masing hasil ciptaan Ade serta lirik oleh Nabila V. Selain itu, kejayaan saya ini juga adalah hasil kerjasama erat di antara UUM dan Universal Music Indonesia,’’ kata anak saudara kepada penyanyi terkenal Anuar Zain dan Ziana Zain ini.

Menyifatkan kejayaan itu sebagai satu permulaan untuk mengembangkan kerjayanya, Ernie berkata syarikat rakamannya turut membuat perancangan bagi mengukuhkan kedudukan di Indonesia.

Ia termasuk mencari peluang untuk berkolaborasi bersama komposer terkenal di sana selain mengadakan kerjasama dengan penyanyi Indonesia.

Meskipun enggan mendedahkan nama penyanyi Indonesia yang mungkin terlibat dalam kolaborasi itu, namun Ernie menyimpan impian untuk berduet dengan penyanyi Raisaa Anggiani, Tiara Andini, Mahalini Raharja, Afghan serta Judika.

Isteri kepada penyanyi Syamel ini juga mengakui sangat gembira kerana berjaya menubuhkan kelab peminatnya di Indonesia, Ernienators, sejak dua bulan lalu.

“Setakat ini kelab itu tidak mempunyai ramai pengikut lagi tetapi ia adalah permulaan yang baik,’’ katanya. – 23 April, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related