◉ HEADLINES

Adakah ini yang kita nak wariskan kepada anak cucu?: Amin Idris tegur sikap masyarakat gemar kandungan sensasi dan gosip

Amin berkata disebabkan gosip dan berita sensasi itu, kandungan media sosial mengajak orang membaca menjadi sendu

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pendakwah bebas dan penceramah, Amin Idris menegur sikap segelintir masyarakat hari ini yang lebih gemar mengikuti kandungan berkaitan dengan gosip dan berita sensasi, sekali gus menggambarkan tahap pemikiran mereka.

“Konten (kandungan) melibatkan kisah dan gosip rumah tangga selebriti serta singkatan perkataan L U (Love You) dan MUSM (Miss You So Much) lebih mendapat perhatian dan menjadi tular di media sosial.

“Menggambarkan itulah ‘level’ pemikiran sebahagian orang kita. Tak perlu membaca, tak perlu berfikir, tak perlu perah otak. Maka, masih jauh perjalanan untuk menjadi negara berkelas dunia,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Disebabkan gosip dan berita sensasi itu, Amin berkata kandungan media sosial yang mengajak orang ramai membaca menjadi sendu.

“Konten gosip rumah tangga orang jadi juara. Pemberita satu hal, yang tukang komen, like dan share pun satu hal. No demand, no supply,” katanya.

Amin memberitahu, dia sudah lama memendam mengenai perkara tersebut dan gembira akhirnya ia ?dapat diluahkan juga.

“Moga semua dapat terima teguran ini. Adakah ini dunia yang kita nak wariskan kepada anak-anak dan cucu kita?” soalnya.

Amin mengulas mengenai isu pergolakan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astilah yang menjadi tumpuan selepas kemunculan seorang wanita dari Singapura, Sarah Yasmine yang mendakwa kekasih Aliff.

Sarah turut mendedahkan mengenai individu lain yang terlibat dengan Aliff termasuk Ruhainies serta Sophia Albarakbah dan ia menjadi tular selama lebih seminggu.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas Aliff ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, namun pada 4 April lalu, Aliff enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai berkenaan walaupun pada awalnya difahamkan bersetuju. – 29 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related