Ribuan peminat saksikan showcase percuma Henry Moodie, ada yang sanggup datang 5 jam awal

Ini kali pertama bintang TikTok Britain itu membuat persembahan di Kuala Lumpur, dan ia mengujakan ribuan peminatnya

11:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 peminat Henry Moodie tidak melepaskan peluang untuk ‘menatap’ penyanyi dan bintang TikTok yang pertama kali mengadakan showcase di ibu kota, hari ini.

Selain mahu melihat Henry lebih dekat, showcase percuma itu turut menarik perhatian mereka, namun ruang sempit di Level 2, Dining Terrace di The Exchange TRX menyebabkan ramai terkilan tidak dapat menonton persembahan artis muda Britain itu.

Antara peminat yang ditemui Scoop, Nur Iman Izzati Nadzri, 25, seorang pekerja di sektor swasta berkata, dia tidak menjangkakan peminat akan memenuhi kawasan itu dengan cepat beberapa jam sebelum Henry dijadualkan mengadakan persembahan pada 5 petang.

Nur Iman Izzati Nadzri berkata, biarpun persembahan hanya bermula 5 petang, namun Kawasan sekitar pentas sudah dipenuhi ribuan pengunjung Ketika dia tiba pada jam 2 petang. – Gambar Scoop, 5 Mei, 2024

“Saya sampai ke sini sekitar pukul 2 petang, disebabkan terlalu ramai dekat kawasan pentas, jadi saya terus naik ke bahagian atas untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.

“Saya agak kecewa sebab ingatkan ruang yang disediakan besar, saya terpaksa berhimpit dengan orang ramai yang berebut untuk ke hadapan,” katanya.

Seorang lagi peminat, Nur Athirah Miswanudin, 20, yang merupakan penuntut universiti berkata, dia sedih tidak dapat melihat Henry secara ‘live’.

Nur Athirah Miswanudin tidak dapat melihat Henry secara ‘live’, sebaliknya terpaksa menggunakan telefon bimbit yang di’zoom’ dari jauh. – Gambar Scoop, 5 Mei, 2024

“Saya terpaksa gunakan telefon bimbit untuk zoom kerana berada jauh dari pentas.

“Saya dapat nampak sikit saja Henry, melalui celah-celah bahu orang ramai. Agak sedih sebab saya datang dengan dua orang kawan tapi kami terpisah dan tidak boleh menyanyi bersama-sama,’’ katanya.

Nur Asyiqin Mazelen, 25, yang juga pekerja di sektor swasta pula menaruh harapan untuk melihat artis antarabangsa mengadakan showcase di lokasi yang lebih sesuai.

Nur Asyiqin Mazele berharap, artis antarabangsa akan memilih lokasi lebih sesuai untuk mengadakan showcase kerana ramai yang kecewa tidak dapat melihat persembahan Moodie gara-gara ruang yang sempit. – Gambar Scoop, 5 Mei, 2024

“Harapan saya untuk artis yang nak datang buat showcase seterusnya, pilih tempat yang lebih sesuai.

“Tapi saya bersyukur masih dapat mendengar Henry menyanyi secara live dan percuma,’’ katanya.

Sementara itu, Diana Danny, 19, pula berkata, dia masih berpuas hati walaupun persembahan tersebut hanya berlangsung kira-kira 30 minit.

Diana Danny berpuas hati menonton persembahan Moodie biarpun ia hanya berlangsung 30 minit kerana sedar showcase tersebut adalah percuma. – Gambar Scoop, 5 Mei, 2024

“Kalau tempat yang lebih luas lagi bagus tapi sebabkan showcase ni percuma jadi saya faham sebab walaupun jauh dari pentas saya masih dapat dengar Henry menyanyi.

“Sekurang-kurangnya saya merasai pengalaman seperti berada di konsert sebenar kerana dapat ikut orang nyanyi ramai-ramai.

“Masih seronok, walaupun penuh dengan orang, sini banyak halangan, kat sini banyak tiang dan dinding yang halang kita dari melihat pertunjukan,’’ katanya.

Seorang lagi peminat, Qila Rosman, 25, yang merupakan pelajar TOC Automotive College, berkata, dia datang seawal 10 pagi untuk mendapatkan tempat duduk paling dekat dengan pentas.

Qila Rosman sanggup datang seawal pukul 10 pagi untuk mendapatkan tempat duduk paling hampir dengan pentas. – Gambar Scoop, 5 Mei, 2024

“Saya datang awal, jadi sempat saya masuk ke bahagian barricade (penghadang), saya terus ke bahagian yang paling depan.

“Tapi saya faham, kerana showcase ni percuma sahaja jadi memang terpaksa datang awal untuk mendapat tempat yang selesa,’’ katanya.

Henry menyanyikan lagu Pick Up The Phone, Beat Up Car, Closure, You Were There For Me serta Drunk Text, selain menyanyikan semula lagu asal One Direction dan Taylor Swift iaitu Night Changes dan Blank Space.

Semalam, Henry mengadakan showcase di Manila, manakala destinasi seterusnya ialah Jakarta. – 5 Mei 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related