HEADLINES

Kerajaan, Finas harus berani ‘labur’ bikin filem genre kenegaraan

Sejak berakhirnya kegemilangan filem Melayu di Studio Jalan Ampas pada 1967, negara masih kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mengenengahkan pelbagai skop tema

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketiadaan peruntukan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (Dekan) daripada kerajaan sejak tahun lalu benar-benar meresahkan pembikin filem tempatan kerana penghasilan filem kenegaraan memerlukan kos yang tinggi.

Ia sekali gus membantutkan usaha pembikin filem untuk terus melahirkan karya-karya filem berkualiti yang dapat mengangkat kisah sejarah atau peristiwa benar yang mempunyai unsur atau semangat patriotisme.

Sedangkan kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang merancang usaha untuk merakyatkan filem dengan filem-filem bergenre sebegini, bahkan mengadakan majlis apresiasi filem bersama mahasiswa kolej dan pusat pengajian tinggi.

Namun sejak berakhirnya kegemilangan filem Melayu di Studio Jalan Ampas pada 1967, negara masih kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mengenengahkan pelbagai tema.

Isu filem kenegaraan ini turut disentuh penerbit, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki yang juga Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sewaktu menjadi salah seorang panel pada Majlis Apresiasi Filem Pagari Bulan (Filem Kita, Wajah Kita: Garapan Sejarah Dari Lensa Kreatif) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Afdlin berkata, kerajaan harus membantu memberikan peruntukan dana besar untuk menghasilkan filem-filem kualiti sebegini yang mampu membanggakan rakyat supaya ia dihantar ke luar mahu pun ke platform OTT seperti Netflix.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu ketiadaan Dekan kepada Scoop, Afdlin berpendapat, Finas harus mengambil langkah berani jika mereka benar-benar mahu memperbaiki kualiti pembikinan filem Malaysia.

“Filem kenegaraan takkan dibuat kebanyakan pembikin filem kerana ia tidak menguntungkan. Jadi, apakah itu maksudnya kita jangan buat cerita kenegaraan? Jangan buat cerita patriotik? Jangan buat cerita-cerita tentang peristiwa sejarah yang sangat penting? Kalau tidak buat macam mana anak-anak kita nak tahu?

“Bagi saya, filem bergenre kenegaraan haruslah mendapat sokongan kerajaan sepenuhnya. Kalau betul mahu beri geran, semua geran itu sepatutnya pergi ke filem kenegaraan. Cari cerita dan skrip yang bagus dan bagi komitmen untuk bantu sepenuhnya.

“Sebab filem sebegini bukan untuk kita buat duit. Tapi, kita nak buktikan pada orang luar bahawa Malaysia ada golongan pembikin filem yang baik dan pencerita pengkarya yang baik yang setanding dengan pemain atau pemikir filem di dunia. Kalaupun tiada dana, tapi sekurang-kurangnya, kerajaan boleh bantu untuk hasilkan filem sebegini untuk dijadikan supertele atau tayangan di platform OTT seperti Netflix untuk bajet lebih kecil,” katanya.

Katanya, jika kerajaan tidak berusaha untuk membantu, filem-filem bergenre kenegaraan ini memang tidak akan dihasilkan.

“Sebab tidak ada pembikin filem yang nak buat filem sebegini,” katanya.

Afdlin juga menyarankan filem-filem komersial yang memang dihasilkan untuk buat duit atau keuntungan, dana boleh diperoleh menerusi ahli perniagaan yang mempunyai matlamat sama. – 3 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Original Penang Kayu Nasi Kandar to set foot in ‘underserved’ Kepong

Latest joint will be in an area where there aren’t many authentic mamak restaurants, owner says

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

MRT Corp CEO not renewed

After two extensions Datuk Mohd Zarif Hashim leaves metro rail firm

Related